MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

Pertemuan dengan Seikh Siti Jenar dan Gusti Sang Prabu

Published by Sang karut under on Selasa, Mac 22, 2011
Amaran : Ini adalah salah satu pengalaman yg benar dialami oleh salah seorang peserta kem motivasi PKMF TK baru-baru ini.Walaubagaimanapun para pembaca tidak dipaksa utk mempercayainya .

Sang Forensik adalah salah seorang peserta kem motivasi anjuran PKMF TK di hujung cuti sekolah baru-baru ini . Beliau adalah salah seorang yg pakar dalam bidang siasatan berkenaan keselamatan sistem komputer . Atas tujuan yg tertentu beliau mengikut kem anjuran PKMF TK...Tujuan yg diredai oleh Allah

Ini adalah pengalaman gula -gula dari Tuhan yg bukan menjadi tujuan motivasi ini di adakan ....tetapi bagi memuaskan hati Sang Forensik maka Tuhan berkenan utk menunjukkan sekelumit kuasanya yg Super Maha Hebat itu ..Tujuan di tunjukkan kepadanya hanyalah semata -mata utk menambah keyakinan diri Sang Forensik ..Barangkali selama ini beliau sangat berhajat mengembara ke dimensi yg ke 2 iaitu alam Jin . Sang Forensik adalah salah seorang ahli PKMF TK

Setelah berjaya mengharungi hari -hari motivasi dengan hati yg penuh sabar dan penuh dengan harapan maka suatu malam pihak urusetia memberi suntikan terakhir supaya para peserta bertambah giat dan serius menjalani motivasi itu .Berikut adalah catatan beliau sendiri yg di e-mailkan kepada Blog Marilah Ke Alam Jin .


Pengalaman Pertama Kali Jadi Superman

Setelah mendengar taklimat terakhir kem motivasi PKMF TK oleh pihak Urusetia yg dipengerusikan oleh Sang Panglipur setia , hamba berasa sangat bermotivasi untuk meneruskan pecutan terakhir.

Terasa rohaniah diri ini amat kerdil di kalangan ahli PKMF TK yg lain. Betapa mereka ini memiliki keazaman dan kekuatan mental yang tinggi berbanding dengan hamba terutamanya Sang Misai yang duduk selari dengan hamba.

Setelah tamat Latihan Dalam Kumpulan selepas solat Zohor, kami semua terus masuk ke bilik masing -masing untuk meneruskan aktiviti lanjutan LDK secara bersendirian. Inilah waktu terakhir sebelum kem motivasi di tutup pada waktu Asar.

Di sessi aktiviti lanjutan LDK secara sendirian yang terakhir ini, hamba telah diizinkan untuk menembus dimensi yg kedua, terputus hubungan dengan sarung diri di dimensi yg pertama.Inilah yg saya nanti-nantikan dan yg saya terbaca di artikal -artikal Sang panglipur Setia . Dulu saya hanya sebagai seorang pembaca tetapi sekarang saya sebagai seorang yg mengalami pengalaman ini ....pehhh

Pengalaman saya adalah seperti berikut .....

Hamba telah terbang melayang bebas lebih kurang pada jarak 30 meter dari paras bumi. Hamba melihat pokok-pokok hijau di bawah dan horizon terbentang luas memisahkan antara langit dengan bumi.

Tiba-tiba pandangan hamba terpandang sebuah keretapi yang sedang bergerak. Di dalamnya terdapat penumpang seperti keretapi biasa yang kita lihat. Keretapi tersebut kelihatan baru dan moden berwarna putih, hamba tidak pasti sama ada ia merupakan jenis bullet train seperti yang terdapat di Jepun kerana dalam pandangan itu tidak dilihatkan kepala keretapi tersebut.

Tiba-tiba hamba ternampak seseorang yang sedang terbang laju mengejar keretapi tersebut. Hamba pasti mengenali orang tersebut. Beliau adalah Sang Jabarut . Penampilan Sang Jabarut memakai pakaian berwarna putih serta berserban. Air mukanya kelihatan agak serius, mungkin kerana sedang dalam menjalankan misi yg tertentu

Beliau terbang laju menuju ke salah satu sambungan diantara tren keretapi tersebut dan terus mendarat di situ dan masuk ke dalam tren keretapi tersebut. Kemudian beliau bertemu dengan seorang wanita, memakai baju kurung dan bertudung berwarna putih sambil menyerahkan sehelai kertas kecil (seperti sticky note) pada wanita tersebut. Pada firasat hamba, pada kertas tersebut terkandung maklumat yang ingin disampaikan kepada wanita tersebut.

Dalam hati hamba, “Oh beginilah agaknya gambaran pengalaman "Sang -sang " ketika mengembara di dimensi yg ke 2 atas arahan Sang Prabu atau pemerhatian nya

Setelah menyerahkan kertas kecil tersebut Sang Jabarut keluar dari tren keretapi dan terbang pergi. Beliau tidak sedar akan kehadiran hamba yang memerhatikan perlakuannya itu.

Kemudian pandangan hamba berubah, melihat wanita tersebut datang berjumpa dengan Sang Jabarut di hadapan pintu rumahnya. Kali ini penampilan Sang Jabarut idak sama seperti sebelumnya. Beliau kelihatan biasa seperti selalu.

Hamba berdiri di belakang pokok memerhati dari jauh.

Kelihatannya wanita tersebut sedang menunjukkan kertas kecil tersebut kepada Sang Jabarut dan menganggukkan kepala seolah-olah mengiakan sesuatu setelah melihat kertas kecil tersebut.

Kemudian hamba terus terbang bebas ke udara sekali lagi. Tiba-tiba hamba nampak ada 4 orang sedang terbang menuju ke sebuah istana besar di atas sebuah bukit

Istana tersebut kelihatan seperti menara kawalan lapangan terbang, tapi saiznya lebih besar. Saya mengambil masa yang agak lama untuk terbang memerhatikan istana tersebut dari satu sudut ke satu sudut yang lain.

Pada waktu itu, langit amat mendung tanpa sebarang kilat atau hujan atau angin kencang. Istana tersebut gelap tanpa sebarang lampu atau cahaya.

Tiba-tiba orang yang paling kanan menyedari bahawa mereka diekori dan mereka berhenti terbang menunggu hamba tiba pada mereka.

Beliau berkata “ Mengapa kamu ikut kami?. Kamu tidak boleh ikut kami kerana sekiranya ada apa-apa yang berlaku terhadap kamu, kami tidak bertanggung jawab.”

Hamba menjawab “Oh ya ke?. Baiklah saya akan berhenti mengikuti kamu.”

Kemudian hamba berkata “Sebelum saya pergi, boleh saya tahu nama tuan?”.

Lelaki paling kanan tersebut menjawab “Nama saya Sheikh Siti Jenar”.

Hamba terkejut. Hamba tahu bahawa Sheikh Siti Jenar adalah salah seorang daripada wali pada zaman wali songo yang kisahnya terkenal di nusantara ini.

Hamba bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian. “ Adakah kamu mahu bersumpah dengan nama Allah bahawa Tuan ini adalah Sheikh Siti Jenar yang sebenarnya?”.

Hamba minta beliau bersumpah kerana hamba teringat pesan guru untuk membezakan rohaniah sebenar dengan jin yang menyerupai rohaniah tersebut adalah dengan memintanya bersumpah dengan nama Allah.

Jin tidak akan bersumpah dengan nama Allah jika ia berdusta .

Orang tersebut menjawab “ Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya adalah Sheikh Siti Jenar”.

Hamba cuba membaca lenggok tubuh sekiranya beliau berbohong. Tetapi gagal menemui sebarang tanda pembohongan.

Kemudian hamba bertanya pada orang seterusnya. “Siapa pula nama kamu?”

Jawabnya pendek “Gusti Sang Prabu”.

Hamba terkejut lagi. Ini kerana saya kerap kali terdengar nama Gusti Sang Prabu dari mulut guru. Kali ini saya bertemu dengan orangnya.

Oleh kerana nama Gusti Sang Prabu ini sangat popular di PKMFTK, saya mengambil inisiatif untuk melihat mukanya dengan jelas. Namun percubaan itu gagal kerana suasana yang agak gelap dan jarak kami juga agak jauh, lebih kurang dalam 15 meter.

Tiba-tiba hamba digegarkan oleh satu suara lantang..

“Assalamualaikum, Tuan-tuan diminta untuk turun ke dewan kerana Tuan Kelarias mahu berjumpa utk sesi pengulungan dan sesi muhasabah diri ”

Rupa-rupa suara itu milik Sang Karut ......

Pandangan hamba menjadi kabur.. Hamba cuba sedaya upaya untuk terus mengekalkan utk berada di dimensi ke 2 namun hamba gagal.

Akhirnya hamba kembali ke dimensi pertama dengan hati yang tertanya-tanya. Siapakah gerangan orang yang ketiga dan yg keempat itu..mungkinkah di lain masa hamba akan bertemu semula ..hamba memang sentiasa berharap ...

Kemudian hamba pun turun ke dewan utama untuk sesi yg terakhir .......pengalaman ini adalah pengalaman yg amat bermakna bagi diri hamba yg pertama kali mengikuti motivasi anjuran PKMF TK ...insyallah di lain kali hamba akan berazam mengikutinya lagi ...Wallah a'lam

11 40 comments:

nasrul79 berkata... @ 22 Mac 2011 8:13 PG

pelik ye pengalaman tuan-tuan dalam dimensi ke2 macam dalam mimpi je...heheh... maaf ye hamba berkata begini kerana mungkin tak pernah mengalami pengalaman macam tuan-tuan lalui. di dimensi sana kalau kita lalui macam dalam mimp ke? atau dalam keadaan sedar kalau cubit tangan terasa sakit?

Sang karut berkata... @ 22 Mac 2011 8:36 PG

Banyak cara seseorang manusia itu pergi ke dimensi yg ke 2 ataupun alam jin ...samada seperti yg biasa dilalui oleh sang panglipur setia iaitu ketika bertawajuh iaitu duduk berzikir . jenis ini juga yg dialami oleh sang forensik .

ataupun ketika tidur ...


ataupun melalui pandangan atau teropong seperti yg dialami oleh Zamri


jika ia melalui tawajuh dan pandangan maka manusia yg pergi ke dimensi ke 2 itu adalah sedar sesedarnya

mungkin sang forensik boleh membuat pengakuan pengalaman nya yg seperti mana itu ...

Sang Panglipur Setia berkata... @ 22 Mac 2011 11:42 PTG

Assalamualaikum...erm best gak pengalamannnya sang F ni...jika ditakdirkan hamba berjumpa syeik Siti Jenar hamba ingin bertanyakan tentang ilmunya.....
http://alangalangkumitir.wordpress.com/category/syekh-siti-jenar-bapak-ilmu-hening-jawa/

Sang berkata... @ 23 Mac 2011 10:43 PG

Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Sang Karut itu. Tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka..

wealo berkata... @ 23 Mac 2011 9:01 PTG

Bolehkah tuan memanggil rohaniah Anwar Ibrahim dan bertanya samaada betul ke tidak dia liwat siful?

Sang karut berkata... @ 23 Mac 2011 9:20 PTG

nak jawab atau tidak ye ...tapi kami .......hi hi ..rahsialah ...kata sang panglipur setia ..kelebihan kurniaan tuhan ini ..bukan utk melihat aib manusia ....

tapi bukan kes liwat 2 tu ..kes yg terbaharu ....

kadang kala kebenaran itu lebih pelik dari cerita khayalan ...

hafmyg berkata... @ 23 Mac 2011 11:48 PTG

Assalamualaikum...boleh tak saya dapatkan alamat penuh TuanKelarias..saya nak search google map..insyaallah hujung minngu ni atau minggu depan saya nak datang berbaiah dgn TK..

Sang karut berkata... @ 24 Mac 2011 12:42 PG

sila berhubung melalui e-mail tuan kelaris .cari alamat itu di tepi kanan blog ini

Sang Forensik berkata... @ 24 Mac 2011 11:41 PTG

Sekali lagi hamba katakan bahawa benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Sang Karut itu. Tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka..

Menembus dimensi ke 2 adalah sesuatu yang pasti sekiranya ingin terus sampai ke dimensi ke 3. Namun bukan mudah seperti yang disangka..

Banyak pengorbanannya jika mahu berjalan dijalan ini.. Airmata, Wang, Masa dan Tenaga adalah sesuatu yang pasti.

Namun, apabila tuan-tuan melihat sendiri keajaiban alam dan kekuasaan tuhan.. itu adalah sesuatu yang tidak ternilai..

Tunduk kita bila sedar melihat betapa daif dan hina nya diri kita ini.. betapa selama ini kita sesungguhnya di dalam kerugian.

ebizz berkata... @ 7 Mei 2011 7:58 PG

Salamun Alaik

Saya suka membaca tentang alam jin dan bunian ni, tapi ada sedikit percanggahan la ttg SSJ dengan artikel ini. rujukan http://abatasa2.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-siri-4.html

Sang karut berkata... @ 8 Mei 2011 6:10 PG

apa yg sedikit percangahan itu wahai tuan ebizz..

Umum mengatakan Seikh siti jenar itu kafir ...tetapi sebenarnya beliau adalah mukmin di sisi Allah ..Beliau tidak di bunuh dan dipancung tetapi beliau di simpan di bilik bawah tanah

orng yg yg bertanggung jawab menyimpannya ialah Sunan Kali jaga

sunan kali jaga jugalah yg memilih pelajar-pelajar yg bijak supaya menuntut ilmu dgn seikh siti jenar


Saya perpendapat tuan pengkaji freemason dan ilmuninati ..tuan sudah dapat kah noktahnya ....atau kesimpulannya ...jika sudah kongsikan lah bersama di sini

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...