MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

RIJALUL GHAIB MENYAMAR PEMINTA SEDEKAH

Published by Sang karut under on Jumaat, Mac 04, 2011

Amaran : Ini bukan dongeng ye ..cerita ini benar -benar berlaku ...ia tidak melibatkan jin ...tetapi jika para pembaca nak jadikan kisah ini karut dan dongeng pun tidak mengapa ..cuma ambilah pengajarannya ...

ADA KER DUIT NAK BAGI NI…

Bilamana di sebut sahaja wang, duit atau harta pasti mata manusia terbelalak mencarinya walau apa cari sekali pun. Duit..duit…duit dimanakah kau duit…itulah lirik yang sering kali terdengar mengalun di telinga kita angkara duit. Duit menjadi manusia bergaduh, duit menjadikan manusia kedekut, duit menjadikan manusia lupa asal usul dan duit juga menjahanamkan manusia tersangkut dari mencapai kerohanian tahap tinggi. Bila duit menyangkut dihati takkan hilang darinya akan kesan-kesan mazmumah bersifat bakhil dan kedekut berlawanan dengan sifat pemurah dan dermawan. Mudah sahaja kita memilih jalan antara keduanya samada dermawan atau bakhil.

Pernahkah pembaca ketika makan didatangi si buta bertongkat atau OKU menghulur tangan meminta sesuap nasi atau wang untuk menyambung nasib pada hari itu. Perasankah anda bahawa mereka datang bagaikan menghilangkan selera kita untuk makan…lalu kita keluarkan sekupang dua menghulur benci kepada si buta yang terhina di mata manusia. Hati berkata: “ Alamak orang buta ni datang nak hilangkan selera aku ajer…mengacau ajer…baru nak suap ada yang mengemis..ish rimas laa…”. Bila dibuka dompet berkepuk-kepuk wang RM 50 bersusun tebal, yang ditarik hanya 50 sen atau singgit dua buat ‘penghalau nyamuk’ yang meminta-minta. Paling-paling pun pemberian itu hanya untuk menutup malu kepada rakan taulan atau anak isteri di meja makan agar tidak digelar kedekut. Apakah pemberian yg bersifat ‘kerana dengan satu kerana’ itu layak mendapat redha Allah. Sedangkan makanan yang dipesan penuh satu meja hampir mencecah RM 100 sekali hadap sebenarnya datang dariNYA. Mari kita tinjau beberapa kes kerohanian bagaimana ukuran ikhlas dalam berkongsi nikmat Allah sesama hambanya.

KES 1: SI BOTAK YANG LAPAR

Tepat jam 3:00 petang Merah pun keluar dari kedai Super99 membeli barangan dapur yang kehabisan stok , berangkut-angkut barangan dimasukkan ke dalam bonet kereta merc240 nya. Kunci kereta dimasukkan ke leher stering kereta lalu dihidupkanya sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba matanya terarah kepada seorang lelaki yang melepasi garisan parkingnya sambil mengayuh basikal longlai.

Merah hanya melihat sahaja seperti orang lain melihat tapi bergetar hatinya melihat orang tersebut, menandakan isyarat ‘sesuatu’ padanya akan berlaku. Dalam jarak 5 meter selepas melepasi keretanya tanpa diduga lelaki botak berbadan gempal berpatah balik mencari seseorang melilau matanya. Jantung si Merah berdegup kencang kalau-kalau si botak datang kepadanya. “Harap-harap dia tak datang kepada aku”. Merah cuba mententeramkan jiwanya. Mana tau orang yang datang tu nak merompak, pukau atau sebagainya kata Merah sendirian.

Si Botak akhirnya berhenti berkayuh betul-betul bersebelahan tingkap keretanya, lalu berkata: “Anak! pakcik lapar, pakcik nak makan, pakcik tak de anak…tolonglah anak…pakcik lapar…kasihanilah pakcik nak!”. Kelam kabut Merah mencari duit yang berterabur dalam dashboardnya. Sempat dicapainya RM4 sahaja..itu sahaja yg. dapat diberikan kepada si Botak. Si Botak mencium-cium duit empat ringgit tu sambil berlalu pergi dengan ucapan terima kasih. Si Merah mula tersentak bagaikan mimpi apa yang terjadi tadi, dia mencari-cari Si Botak tapi malangnya….si Botak menghilangkan diri ghaib sesaat selepas itu. Timbul rasa bersalah Merah bila mengenangkan hanya RM4 sahaja yg. dapat diberikannya…..entah ikhlas atau tidak waallahhu ‘Alam.

Malamnya Merah dan suaminya Sang Peninjau hadir di PKMF TK untuk membuat sedikit siasatan siapakah si Botak! Dengan bantuan rakannya Sang Karut selaku peng’order’, Sang Sniper sebagai sarung mereka bertiga memulakan operasi:

Sang Karut: “Assalamualaikum?

Si Botak: “Waalaikumsalam”

Sang Karut memberikan isyarat agar Sang Peninjau sahaja yang bertanya kerana dia lebih mengetahui duduk perkara sebenar.

Sang Peninjau: “Bolehkah hamba tahu tuan ni rohaniah manusia atau jin ifrit dan apakah tujuan datang kepada si Merah meminta duit lalu menghilangkan diri begitu sahaja?”

Si Botak: “Hamba rohaniah manusia yang datang untuk menguji tahap keihklasan seseorang hamba dalam memberi harta yang disayanginya!”

Sang Peninjau: “Si Merah telah memberi sebanyak RM 4 yang sangat sedikit jumlahnya…bolehkah hamba tahu setakat mana keikhlasan hatinya?”

Si Botak: “ Walaupun sedikit tetapi dia mempunyai hati yang ikhlas dalam memberi, bukan banyak jumlah wang yang dikira tapi berapa keikhlasan memberi kerana Allah”

Sang Penijau: “ Apakah nasihat tuan kepadanya?”

Si botak: “ Banyakkan bertawajuh mengingat Allah”

Lega hati Sang Peninjau bila mana isterinya mempunyai sifat-sifat pemurah dalam dirinya. Lalu sang Peninjau pun memberikan khabar gembira kepada Si Merah. “Abang kalaulah saya tahu bahawa itu adalah ujian Allah, mahu saja saya berikan apa yang ada dalam dompet saya ketika itu semuanya…tapi sayangnya cuma terjumpa RM 4 ringgit sahaja.” Kata si Merah dengan nada sayu….Sang Peninjau mencelah: “Ujian Allah datang ketika manusia dalam keadaan tidak bersedia menghadapinya, akan kelihatanlah cacat cela yang perlu kita perbaiki untuk mneghadapkan wajah (tawajuh) kepada ALLAH…agaknya jika awak bagi semua harta awak masa tu..tentu Allah melipat gandakan harta awak maybe jutawan muda…ha ha ha….” Mengakhiri cerita Si Botak.

KES 2: SANG MISAI DENGAN TOK AJI

Hujung minggu Sang Misai beserta isteri sekeluarga bergotong royong membasuh kereta di garaj depan rumah mereka. Ketika mana sedang khusyuk membasuh tayar kereta kedengaran orang memberi salam. Maka dijawab ringkas salam orang tua yang berserban putih sambil menongkat basikal tua zaman dahulu kala. Sang Misai meneliti dari atas hingga ke bawah Tok Aji dihadapannya, hatinya mula jengkel dengan kehadirannya.

Tok Aji memulakan sapaannya : “Tuan! saya datang untuk memohon derma untuk keperluan seharian, jika tidak keberatan mohon seberapa yang mampu”. Sang Misai yang keletihan bercampur agak marah terus sahaja masuk ke dalam kereta mencari sekeping duit seringgit dan terus menghulurkan nya kepada Tok Aji sambil berpaling menghalau. Dengan seribu sangka kala yang bermain di fikirannya dia meneruskan membasuh kereta Estimanya tanpa menoleh pun ke arah Tok Aji.

Sambil mengosok rim 16 inci Estimanya tiba-tiba dia terfikir, otaknya menerjah kembali kepada Tok Aji yang baru sahaja datang meminta duit dermanya tadi. Lantas melompat dan mencari kalau-kalau ada lagi orang tua tadi, sayangnya sudah terlambat Tok Aji telah menghaibkan diri. Terus sahaja Sang Misai tersandar memikirkan kembali kehadirian Tok Aji berserban tadi beristigfar panjang melayan Tok Aji seperti acuh-tak acuh. “Mana mungkin zaman moden ini ada orang yang menaiki basikal tua bertongkat tarik kebelakang… orangnya pulak pakai serban seperti orang-orang pondok…ish..habis aku..” jerit hati Sang Misai menginsafi dirinya.

Beberapa hari kemudian ketika di meja makan rumah Sang Perabu, sesi motivasi kerohanian sedang berlangsung kepada orang dapur bersama mereka Sang Misai yang sedia mendengar. Sang Misai tidak menceritakan hal Tok Aji kepada sesiapa pun dan beranggapan peristiwa itu adalah rencam dalam kehidupan. Tiba-tiba dengan nada bersindir Sang Perabu berkata: “……Ada orang tu, ada duit.. dermanya sikit ajer..lebih baik tak payah derma”. Tersentak Sang Misai hampir-hampir saja terpercik kopi yang dihirupnya. Dengan rasa rendah diri dia menceritakan kembali peristiwa pertemuannya dengan Tok Aji.

Jawab Sang Perabu: “Tok Aji itu adalah rijalul ghaib utusan Allah yang ditugaskan atas perintahNya untuk menguji keimanan dan keikhlasan dalam ikram sesama insan. Seandainya engkau (Sang Misai) memberikan segala harta dan wang ringgit pasti engkau akan diredhai Tuhan…tiada lagi ujian kali kedua yang sama melainkan dalam bentuk dan cara yang berlainan….kembalilah kepada jalan Allah dan ikhlaskanlah dalam memberi serta berbuat”. Tertunduk Sang Misai mendengar sentuhan kalbu dari Sang Perabu. Selepas peritiwa itu Sang Misai banyak berkorban harta dan nyawa, masa dan tenaga untuk keredhaan TuhaNnya….mudah-mudahan Sang Misai dan ahli keluarganya berjaya dalam misi kerohaniannya.

Nilai Moral;

1. Setiap perkara yang berlaku semuanya mempunyai hikmah untuk hambaNya. Namun kesilapan manusia menterjemahkan ujian itu sebagai satu kesulitan yang membebankan penuh kepayahan telah tersasar dari jalan ketuhanan. Bagi sang pencari keredhaan Allah, mereka akan menghadapinya dengan hati yang terbuka menerima dan malaksanakan titah perintahnya. Bukan sahaja menjalani disiplin kesufian bersungguh-sungguh malah kehidupan seharian dihadapi dengan mata hati yang celik penuh pandangan musyahadah kembali kepada haknya.

2. Apa bila ditanya kepada Saidina Abu Bakar apa yang tinggal pada dirinya, dia menjawab “ALLAH dan RASULNYA” semua hartanya diserahkan kepada jalan Allah tanpa protes dan soal jawab. Saidina Abdul Rahman Bin Auf orang kaya di zaman Rasulullah, apabila diserukan jihad untuk berperang maka diutuskan 1000 ekor unta dan kuda sarat senjata dan beribu dinar diperuntukkan untuk menegakkan Islam. Mungkinkah kita punyai kesanggupan seperti sahabat Nabi?

3. Duit yang kita dapat adalah dari pekerjaan kita, pekerjaan itu datangnya daripada ilmu pengetahuan samada berkelulusan SPM, Diploma, Ijazah sarjana atau PHD ataupun kemahiran, kelulusan sijil itu datangnya dari Ilmu Allah Taala jua. Apa mungkin kita masih mengakui bahawa duit itu milik kita sepenuhnya. Duit itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua, kiaskanlah kepada semua perkara yang ada pada diri kita pasti akan berjumpa dengan kalimah “Siapa mengenal dirinya, maka akan mengenal akan Tuhannya.

4. Harta, wang ringgit mudah dihinggapi syubhat dari mana asal datangnya, bagaimana untuk membersihkannya? Islam mengajar caranya dengan membayar zakat samada zakat harta dan pendapatan, kemudian jika sukar bagi kita untuk menderma lihatlah disekitar kampong kita apakah ada mereka yang susah. Boleh juga dialirkan ke masjid, sekolah, Maahad Tahfiz, anak-anak yatim atau sebagainya jika sukar sangat hantar sahaja kepada PKMF TK, mana yang tidak berumah, berbaju, tidak bersaudara, sikit-sikit boleh dibantu mengikut kesesuaian.

5. Apakah caranya untuk kita cepat dalam kerohanian, ada tiga perkara menjadi asasnya.

5.1. Pertama disiplin dalam menjaga amanah guru dan menjaga adab. Ketika berada dihadapannya hendaklah dijaga langkah jalan, bertutur dalam keadaan sopan jangan meninggikan suara. Menjaga dan sentiasa istiqamah dalam amalan harian yang diberikan ikut tatacara disiplin yang diajarkan. Jangan sekali-kali bersangka buruk dengannya. Buruk padahnya.

5.2. Kedua: Pengorbanan samada wang ringgit dan masa dan tenaga. Jika tiada wang ringgit, tenagalah galang gantinya jika tiada masa dan tenaga pula, wang ringgit menjadi taruhannya. Mengikut kesesuaian empunya diri. Bayangkan jika kita mendengar motivasinya dalam dua jam sarat dengan ilmu ketuhanan yang tidak diajar di Universitas di dunia ini, apakah tidak terfikir akan harga disebaliknya. Jika dalam masa 2 jam itu guru boleh menyawit kelapa atau berniaga sanggupkah kita membayar masa akan pekerjaannya.

5.3. ketiga: Khidmat social sebagai khadam disisi guru menjadi keutamaan. Seperti membersihkan kawasan rumah, tebas rumput, angkat batu karsan, tambak jalan di rumahnya, sapu sampah, lap tingkap atau sebagainya yang mana dia tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana mengajar. Maka lakukanlah dengan hati yang ikhlas mudah-mudahan Berjaya dalam kerohanian. Apakah guru minta untuk disanjung, tidak..tidak…dan tidakk…. sama sekali tetapi sebagai murid maka pengorbanan untuk guru adalah sangat penting. Itulah tanda aras dari gred F, meningkat ke gred C iaitu lulus jika digabungkan semua kita mampu untuk mendapat gred A cemerlang. Gred cemerlangnya ialah dapat menghinakan diri seperti ahli darwisy dahulu.

Anak-anak pergi tusyen akademik sanggup kita bayar ratusan ringgit semata-mata utk mendapatkan A dalam peperiksaan. Tetapi bila belajar agama dengan guru yang berkelayakan, masyarakat menganggap hanya ikhlas sahaja sebagai ijab kabulnya. Apa salahnya kita memperuntukkan wang, tenaga, masa untuk membayar curahan ilmu kerohanian atau makrifat tersebut, walaupun guru tidak meminta sesen pun duit daripada kita tapi patutkah kita bakhil wal kedekut taik unta kepada guru yang mengenal Tuhan. Sebelum Allah menarik rezeki kita dan dicurahkan kepada sakit, miskin, kecurian, kebakaran adalah lebih baik kita pulangkan kepadaNya terlebih dahulu dengan menderma agar diberkati rejeki kita. Fikirkanlah wahai pembaca sekalian….Wassalam.

Sang Perabu berkata: Allah bersifat istigna’ iaitu kaya dan hamba bersifat iftiqar iaitu fakir miskin kosong tak de apa-apa…jadi apa yang nak dibanggakan dengan segala yang kita ada…..

1 40 comments:

senyap berkata... @ 11 Mac 2011 1:52 PG

Salam bahgia buat sekalian hamba..

elak2,terkena juga ke tubuh badan sendiri...
daif,kerdil,hina,papa,lemah,kotor,bodoh,fakir,
khilaf ada pada diri ini rupanya.

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...