MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

Emas dan Peristiwa Besar

Published by Sang karut under on Ahad, April 10, 2011
AMARAN : Artikal ini adalah hasil nukilan daripada Sang Panglipur Setia ...jadi berhati-hatilah kerana pengajarannya itu adalah lebih penting daripada ceritanya . Kisah ini adalah kisah dongeng lagi karut .

Emas adalah barang perhiasan yang paling berharga di planet ini selain itu barang yang sangat berharga iaitu intan permata, berlian, Lu’lu al marjan dan juga uranium…. Samada lelaki atau perempuan ianya menjadi buruan nafsu untuk mendapatkannya.

Emas ada di alam zahir dan alam ghaib. Warna emas menjadi kegemaran sang raja di atas tahta menampilkan warna keemasan berkilau bagaikan sesuatu yang indah dengan penuh kemegahan bagi sesiapa yang memakai warna kuning keemasan. Kenapa emas sangat berharga kepada dua alam ini alam zahir dan ghaib? Kegunaan emas kepada manusia sangat banyak antaranya penebat rumah seperti mengelak pancaran halilintar dan petir, barangan perhiasan, kesihatan, barangan elektrik dan sebagainya. Emas menjadi rebutan diseluruh ceruk pelusuk kehidupan di dalam manusia.

Manusia mencari kekuatan dengan emas terutamanya kerajaan-kerajaan di dalam pemerintahan sesebuah negara. Firaun dan segala keturunanya menjadikan emas sebagai lambang kemegahan kehidupan dan kematian. Dengan emas mereka mencipta patung-patung wajah raja mereka dengan rekaan emas padu. Dari mana mereka mengumpulkan emas di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang itu…tentu pelikkan….hamba pun tak tahu dari mana mereka mendapatkannya.

Hamba nak buat kesimpulan mengarut.. siapa nak jadi raja mesti ada emas….emas yang sangat banyak menimbun bagaikan bukit uhud….kerana emas adalah lambang kemegahan, barulah boleh jadi raja…secara logiknya dengan adanya emas maka sebenarnya mereka memegang khazanah alam di dunia ini….mereka boleh membeli dan menjual manusia, emas mampu membeli kerajaan terbesar didunia ini dan juga mampu menjatuhkan kekuatan kerajaan yang kuat…pro dan kontra sentiasa berlaku bagi sesiapa yang menyimpan emas, hati terkadang teruji dengan keberadaan emas di peti simpanan.

Rasulullah pernah menawarkan emas kepada isteri-isterinya memilih antara emas atau dirinya…akhirnya isteri-isteri Rasulullah akur untuk mengikutinya….Rasulullah mampu menjadikan bukit uhud menjadi emas….namun bukan itu yang ingin diwariskan rasul kepada isteri-isterinya dan ummat sekalian alam ini..tapi sebenarnya Rasulullah itulah emas yang paling berharga dari sekalian emas-emas di alam ini…pemerintah sekalian alam..zahir dan rohaniah..

Mereka yang berkerohanian tinggi akan memakai pakaian berwarna emas di ‘atas sana’ kata rakan-rakan yang arif dan pernah ke alam atas sana…(maaf hamba cuma meriwayatkan kisah dan kata-kata rakan sahaja)…..lagipun hamba seorang yang rabun warna……jadi sukar untuk membezakan emas tulen dan emas palsu,, emas 999 atau emas 916…langsung hamba tak tahu untuk mengenalinya…Di alam ghaib emas juga menjadi rebutan dan mungkin juga menjadi perbualan hangat di alam mereka.

Mereka akan mencari dan terus mencari agar kekuasaan mereka bertambah dari segi kekuatan penguasaan kerajaan dan wilayah. Mereka juga bertempur untuk emas, ada yang mati kerana emas, dan ada yang BERJAYA MENGUMPAN MANUSIA TUNDUK KEPADA MEREKA KERANA EMAS. Bab mengumpan manusia mencari emas di alam ghaib sering kita dengar….Ada yang dipusakakan oleh ‘rakan’ di alam sana, ada yang sibuk mencari ahli yang mampu menzahirkan emas. Ada segelintir manusia yang telah banyak menabur wang untuk menukar dari hologram emas ghaib kepada yang nyata…Dari sikit duit yang dilaburkan untuk hadiah ‘bomoh emas’ endingnya pasti bomoh tersebut lari kerana sebenarnya dia tidak mampu untuk menzahirkannya.

Betulkah ada orang mahir yang mampu menjadikan emas dari alam ghaib kepada emas di alam nyata….ingin hamba ketemui mereka-mereka itu kerana hamba juga ada emas, boleh di zahirkan emas ghaib kepada nyata agar boleh diagih-agihkan kepada orang miskin, papa kedana, rumah anak yatim, atau buat perumahan PPRT, atau bina sekolah tahfiz sains dan teknologi agar Islam diangkat dan dijulang kerana kehebatannya….tapi masalahnya bila ada harta nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri akan datang mengecek bertanya…dari mana dapat duit….tak bayar cukai ker…. Kan susah hidup….

Jadi jika hendak mencari emas kita mendulang ajerla mana tau dapat jumpa serdak emas pun jadilah, ada rejeki dapat seketul emas, kayalah hidup …yang penting dapat di alam zahir… nyata lagi terang dah tentu dapat dipegang dan dijual kepada pencanai emas…..Hamba nak menukilkan sedikit cerita rakan hamba bergelar Sang Peninjau mungkin boleh dibuat ole-ole karut untuk sidang pembaca…..

DUDUK SANG PERINDU TUHAN

Sang Peninjau digelarkan kerana dia sentiasa mendapat maklumat karut dan dongeng yang terkini itupun jika dia diberikan lesen meninjau jika tidak… hampeh….Seperti yang diceritakan kepada hamba…sang peninjau ini bukanlah minatnya dengan emas..hatinya belum terbuka untuk emas. Satu hari selepas menunaikan solat dhuha dia pun ‘duduk’ menyelesaikan apa-apa yang perlu sebagai hamba Allah yang memerlukan kejernihan hatinya. Ketika menikmati keseronokan bersamaNYA…terpandanglah dia akan Sang Perabu yang sudah lama dia merinduinya..yerlah sejak kebelakangan ini dia mendambakan untuk sentiasa bersama dalam setiap detik dan ketika… kata Sang Peninjau… dia sangat rindu kepada Sang Perabu kerana sudah berminggu-minggu Sang Perabu menghilangkan diri.

Entah macam mana Sang Peninjau terlihat akan Sang Perabu sedang duduk bersimpuh bagaikan seorang panglima dengan gayanya bertanjak dan berkeris tersisip kemas dipinggang. Bila mana terlihat akan kelibat Sang Perabu lantas dia terus duduk bersimpuh memberi salam tanda memaklumkan kehadirannya. Sang Perabu menjawab salam dan bertanyakan khabar. Beberapa detik kemudian Sang Perabu dengan ringkas mencabut keris dipinggangnya lalu dihulurkan kepada Sang Peninjau…terpinga-pinga Sang Peninjau dengan situasi tersebut.. “Ambil keris ini…gunakan apabila perlu…” itu sahaja ayat yang di ucapkan.

Sang Peninjau mengambilnya dan menyisip masuk ke pinggang sebelah kiri dengan kemas tanpa banyak soal….Sang Perabu bingkas bangun dan berjalan kebelakang untuk pergi. “Mari sini ikut aku” kata Sang Perabu. Sang Peninjau bangun untuk mengekorinya…. “Nak pergi mana lah pulak..pergi mana-mana pun tak kisah ..yang penting aku dapat bersama Sang Perabu….rinduuuuuuuuuuuuu” bisik Sang Peninjau.

MEMBELAH PERUT NAGA RAKSAKSA BUNCIT..

Setelah siap...Sang Perabu dan Sang Peninjau pergi ke satu demensi lain…seperti yang diceritakan…Sang Perabu membawanya melintasi pergunungan..dari satu gunung ke satu gunung mereka berdua berjalan…bila tiba tempatnya mereka pun landing…dan lokasinya adalah antara dua gunung yang sangat tinggi…Sang Perabu pun masuk di celahan gunung tersebut sambil diekori oleh Sang Peninjau…dilorong-lorong yang gelap itu, hujungnya terdapat sebuah pintu yang ditutup rapat..Sang Perabu menguaknya dan terdapat seekor raksaksa berupa naga ..langsung tak hensem….perut buncit ..kepala bercabang tiga dan kadang-kadang bertukar lima kepala..tinggi lebih kurang 20 kaki agaknya terbongkok-bongkok dia berjalan…mungkin tak selesa dengan kehadiran mereka berdua…..sedang siap siaga menunggu….Langsung sahaja si naga buncit mem ‘fire’ api kuning yang menjalar-jalar kepada mereka berdua…

Sang Peninjau berkata kepada hamba sambil menguyah pulut kuning pemberian Sang Jabarut… “Ketika tu apinya sangat panas bila sang naga buncit menjurus..menghala tepat kepada hamba...lalu hamba pun mencari tempat perlindungan…iaitu di belakang Sang Perabu…bila hamba menoleh ke Sang Perabu..hamba tengok Sang Perabu dah melindungi dirinya dengan aura biru agaknya aura ais salju…itu pendapat hamba melihat situasi mengerunkan itu…hamba mengelak ke sana-ke sini dan akhirnya berdiri mencuba hikmat yang sama seperti Sang Perabu….meng’ais’kan diri dengan aura salju biru…Berjaya juga hamba buat teknik aura ais peringkat rendah seperti dragon ball…setelah menstabilkan berdiri dengan aura salju…terdengar Sang Perabu berkata “gunakan senjata engkau tadi…belah perut Naga Buncit itu diperutnya”….hamba pun meloncat sambil menghunus keris ke perut buncit naga tersebut dan menghunjamkan keris sakti pemberian Sang Perabu tadi..dan merobek ganas dari ulu hatinya hingga sampai ke pusat di atas kemaluannya….

lalu terlihat akan situasi yang sangat pelik…keluar cahaya bersinar-sinar dari perut naga buncit…memuntahkan isi perutnya….naga buncit mula menyusut tubuhnya..seperti mengecut dan akhirnya…ghaib meninggalkan benda yang bercahaya-cahaya seperti longgokan batu…ketika itu hamba yang tercegat disisi pusat naga buncit yang menyusut memerhatikan di dalam perut naga buncit rupanya bukan batu, tapi emas yang memancar kilauan emasnya…selonggok emas dihadapan hamba….Sang Perabu mendekati hamba lalu disuruhnya angkat dan bawa balik ke sebuah rumah bunglow mesteri (bunglow rahsia)…. Sang Peninjau bertanya: “

Macam mana hamba nak mengambilnya..sangat banyak…dan di lokasi mana nak disimpan di bunglow itu, wahai tuan Sang Perabu…”..kata Sang Perabu “Engkau letakkan benda alah itu di bangsal Sang Tukang.” “Baiklah tuan…” Sang Peninjau pun mengecilkan emas itu dan membawa pulang ke Bunglow yang di maksudkan…kemudian kembali kepada Sang Perabu yang sedia menunggu…….Seperti ada mesej baru dari Sang Perabu… “Kita teruskan perjalanan kita…” Hamba menurut perintah….”

PENJAGA EMAS DI PUSARAN AIR DI LAUTAN GANAS

Sang Peninjau meneruskan dogengannya sambil menyedut rokok lenteng cengkihnya: katanya mengarut lagi “ Hamba di bawa keluar dari kawasan pergunungan tersebut…melalui lorong-lorong yang sempit dan gelap…dan sampai dihujung jalan, terbentang di hadapan kami lautan yang sangat luas….kami terbang di atas laut dengan kepantasan mungkin lebih dari kelajuan kereta ferari atau lamborgini atau pesawat perisikan stealh….sangat pantas dan akhirnya sampai di satu pusaran laut yang sedang menyedut segala macam benda ke dalam lohong yang amat dalam….seperti cerita Jack Sparow dalam Pirate or Carabean…kami masuk ke dalam pusaran ganas itu dengan pantas….bergeger-gegar tubuh hamba bila terkena tekanan air yang berpusar…untuk mengelakkan tubuh tidak terikut dengan pusaran itu..

hamba sentiasa mengikut pergerakan Sang Perabu..yang beratus kali ganda laju…terkadang tertinggal juga ke belakang….biasalah rohaniah se kupang……lambat…bagaikan kekura…Tetiba Sang Perabu menyusup masuk di sebelah kiri pusaran itu berlindung di celahan gunung dibawah tanah…..hamba yang terlambat beberapa detik dapat juga mengekorinya..jika tidak alamatnya sampai ke dunia sebelah sana kot, terlajak….sesampainya di celahan gunung..hamba lihat Sang Perabu memulas tombol pintu dan menguaknya perlahan…mana tau ada musuh sedang menunggu…Yea ..tepat memang ada musuh sedang menunggu.

Kali ini sang kelawar berterbangan di dalam gua…yang saiz nya seperti burung trexx zaman dinasor ..lebih kurang 20 ke 30 ekor semuanya…berlegar-legar mencari mangsa. Rupanya mereka sedang menjaga sesuatu yang berkilau dibawahnya… Ketua Kelawar Raksaksa memberikan mesej khas kepada kami.. “ Kamu ambillah emas ini semuanya…ini adalah milik kamu, kami menjaganya sekian lamanya….ambillah….”..heran betul hamba mendengarnya, heran kerana ada jugak rezeki kami di lautan tidak bertepi ini….Sang Perabu mengeluarkan arahan: “Engkau angkat emas ini dan hantar ke bunglow dan letakkannya di belakang Bunglow”.. “Hamba menurut perintah….lalu di kecilkan hologram bentuk dan saiznya…di dalam genggaman tangan, hamba pun menghantarkannya ke tempat yang dinyatakan tadi….setelah selesai memparkingkan emas tersebut di bunglow tadi..hamba pun kembali ke sisi Sang Perabu… “Ada kerja lagi yang perlu diselesaikan….” “Baiklah, hamba patuh…” kata Sang Peninjau….

DISEBALIK METAFORA PADANG PASIR…. ADA EMAS

Sang Peninjau meneruskan ceritanya lagi sambil menghirup air ginger beer (air halia berkarbonat) : kali ini hamba di bawa oleh Sang Perabu ke padang pasir setelah melalui perjalanan yang sangat jauh melintasi lautan dan padang pasir berdebu…entah di mana hamba pun tidaklah tahu…Katanya lagi: “lokasinya ialah padang pasir yang saujana mata memandang….satu bangunan pun tak ada…penempatan manusia langsung tak wujud…apatah lagi pokok dan tumbuhan…hampehlah kalau duduk kat sini..bisik hamba yang sedang melayang berfikir bermacam-macam benda dalam otak ini….agaknya Sang Perabu dapat mendengar bisikan halus dihati sanubari hamba …

Lalu dia mengangkat tangannya dan memberikan isyarat sakti dari jari jemarinya dan di Cesssssss kan ke tengah-tengah padang pasir sekitar tempat kami berdua berdiri…maka terbentuklah seperti sebuah bukit yang setinggi lima kaki di hadapan kami…hamba pun memfokuskan pandangan dan mendapati bukit kecil itu adalah emas…….EMASSSSSSSSSS…..ye emas…Seperti operasi pertama dan kedua tadi…hamba diminta untuk membawanya ke bunglow rahsia tadi..dan dikehendaki meletakkannya di antara kawasan telaga dan pokok kelapa sawit di depan bunglow tersebut….

hamba kaut sebukit sahaja dan membawanya terus ke tempat sepatutnya…kemudian balik kembali ke padang pasir berdiri di sebelah Sang Perabu.. Hamba lihat Sang Perabu menyepak dengan kaki kirinya beberapa buah bukit ketepi..lantas hilang seperti sediakala….lalu diwujudkan pula sebuah istana yang tersergam indah…kami berdua menuju ke istana..sambil itu hamba seperti biasa, tertanya-tanya.. “macam mana yer…istana boleh ada di tengah-tengah padang pasir ini….agaknya ini wayang karut kot,” tau-tau hamba dah ada depan istana….setibanya didepan pintu istana..hamba tengok-tengok juga jika ada rakan hamba yang lain…..atau pengawal istana…kami melalui beberapa pintu dan akhirnya sampai ke sebuah bilik yang terang benderang….dan hamba duduk di sebuah kerusi yang kosong….

hamba lihat ada enam orang kesemuanya yang jelas kelihatannya juga sedang duduk bersama…antaranya Gusti Sang Perabu, Sang Perabu dan rakan-rakan yang lain……yang lain ada juga tapi agak samar kelihatan rupanya..agaknya mata hamba ni tidak diizinkan memandang kepada mereka

….sedang hamba asyik memandang tiba-tiba hamba terdengar suara yang agak keras dan tegas… “Bersedialah kamu semua..nanti ada peristiwa besar akan berlaku…”

itulah kata Gusti Sang Perabu…sebelum kami dihambat keluar dari bilik rahsia itu…hamba terfikir apa ‘perkara besar’ yang di beri pesan oleh Gusti Sang Perabu tadi…dan suruh ‘bersedia’ …hamba ni nak bersedia apa…solat lima waktu pun rongak..entahlah hamba pasrahkan..kepada empunya KUASA…hamba pun balik kembali tersedar dari tidur antara sedar dan jaga….agaknya tidur laaaaaaaaa… begitulah kisah Sang Peninjau mengakhiri cerita mengarutnya kepada hamba……

APAKAH BENAR WUJUDNYA EMAS DI BUNGLOW RAHSIA ITU….

Di lain kesempatan hamba bertemu rakan hamba, Sang Karut….mana tahu ada jawapan positif mengenai kewujudan emas seperti dalam cerita Sang Peninjau….Hamba pun bertemu Sang Karut untuk mendapat kepastian samada benar-benarkah terdapat emas di bunglow mesteri tersebut…sekiranya benar wujudnya….Alhamdulillah…..sekiranya hanya khayalan..alhamdulillah…….Cuma hanya mahukan kepastian ajer…..bukanya boleh di ambil pun….. pasal emas itu berada dalam dimensi ghaib…..

Maka Sang Karut dengan mengarutnya memberikan pandangan: “Begini! emas seperti yang Sang Peninjau cerita itu, di lokasi pertama iaitu di bangsal Sang Tukang memang ada, tapi bukan di bawah/dalam bangsal tapi ditepi bangsal…bentuknya seperti emas dan rantai dan jumlahnya agak sedikit…lokasi kedua pula di belakang bunglow, juga seperti dilokasi pertama, emas dalam bentuk kepingan syiling dan anggarannya sedikit….dan lokasi di tempat ketiga antara sumur air atau telaga antara pokok sawit, berbentuk bukit dan kelihatannya sangat banyak…..”

begitulah pendapat Sang Karut yang hamba sendiri meraguinya…Sang karut ni memang pandai mengarut dalam bab-bab ni, memang dialah pendogeng terhandal…siapa nak percaya kedudukan emas tu terpulanglah……tapi hamba raikan pendapat luar biasa Sang Karut…Sang Karut bertanya kepada hamba tentang cerita Sang Peninjau, hamba selaku pengkisah cerita ini…memberikanlah kronologi ceritanya dari awal sampai akhir….Sang Karut bertanya kepada hamba:

“ Sang Peninjau curi dari mana emas-emas itu? Hamba pun jawab: “Dia tak curi…semuanya telah dipersiapkan dan disimpankan untuk ahli bunglow itu…dia Cuma pembawa sahaja dengan arahan Sang Perabu..” “Ohhhh begitu rupanya…..dan emas-emas ni nak buat apa?...... Bukannya boleh di pakai pun…jika dalam bentuk zahir bolehlah kita buat istana ker…beli tanah ker…dan apa-apa la….” Hamba menjawab : “Entahlahhhhhhhhhhh…………hamba tak tahu…” akhirnya Sang Karut pun berkata: “Cerita Engkau ni mengarut lah …….entah betul entah tidak…….” Maka terkenalah hamba akan karutan Sang Karut…..Wassalam….

MORAL:

1. Emas: menjadi ujian kepada yang memilikinya…

2. Emas 999 adalah emas tulen manakala emas 916 adalah emas campuran dengan logam lain (untuk perhiasan).Bab emas ni tanyalah kepada perempuan mereka sangat mahir……

3. Bagi yang memiliki emas jangan lupa membayar zakat …

4. “Satu hari nanti emas tidak akan bernilai lagi ..”petikan dari kata Sang Perabu…bak kata arung pakala yang selalu menziarahi blog ini, hamba menukilkan kembali katanya: “air Red Bull lebih bernilai dari segunung emas…ketika itu ada emas pun tak guna…..ha ha ha” mungkin masa itu dunia dah berlaku pelbagai bencana…dan memang tidak bernilai….dan pada ketika itu nth -nth air pun tidak ada ....Waallahu ‘alam…

11 40 comments:

Sang karut berkata... @ 12 April 2011 12:56 PG

Artikal telah dipostkan tetapi sebahagian pembaca gagal melihatnya dipaparan ..kenapa yer ? ada seiapa yg mahir utk menyelesaikan masalh ini ..

proses mengepost artikal ini seperti proses sebelum ini ...tetapi mengapapaparan artikal tidak dapat dilihat ....padahal saya dapat melihatnya

syedhs berkata... @ 12 April 2011 2:31 PG

Ada hijab kot..;) Saya dekat sini okay aja.. takde masalah.
Cuma posting lepas2 memang ada yang kosong.. tak tahula mmg kosong atau kes macam ni. Mungkin ada kaitan browser yang digunakan..

Sang karut berkata... @ 12 April 2011 4:12 PG

ohh begitu ke ...cuba senaraikan tajuk-tajuk yg tiada artikal ...semua tajuk yg para pembaca baca ada artikalnya ....

bukan setakat tajuknya sahaja ....masalah ini baru saya dapat tahu ..saya sangka selama ini ok jer


ada yg dapat lihat ..ada yg tidak dapat lihat pelik pulak ....sapa tahu apa masalah nya ..

Nasrul79 berkata... @ 12 April 2011 5:34 PTG

salam sang karut, kakau pakai internet explorer, dia akan keluar tajuk je, tapi kalau sesiapa pakai mozila, atau google crome. mesti ok dan keluar apa yang sang karut postkan. jintan manis pakai ie.e tu. dia kena tukar pakai mozila atau google crome. rasanya ni masalah i.e yang tak update kot.hehehe...

syedhs berkata... @ 13 April 2011 8:51 PG

Salam,

Ada dalam 10 ke posting takde isi, cuma ada tajuk. Salah satunya ialah: http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/search/label/35%20-%20MAJLIS%20PERNIKAHAN%20JIN%20PENYIHIR%20DAN%20BUNIAN%20SG%20LANG.

Saya menggunakan firefox, sepatutnya takde masalah. Sesiapa (dan juga pembaca) boleh check tengok okay ke tak?

Nasrul79 berkata... @ 13 April 2011 5:36 PTG

Tak silap saya kalau posting yang dah lama ada setengah tu tak dapat keluar, mungkin sebab nak kurangkan berat blog ni menanggung posting yang memang banyak kekarutan. kena tanya tuan punya blog . mungkin dia yang padam kot sebab nak jimat ruang ...hehehe.. ni musti ada geg PKMF-TK yang padam nih..

Sang karut berkata... @ 13 April 2011 7:01 PTG

tak de lah nasrul ..tuan mencipta teori konspirasi menjatuhkan artikal tahap karut ....

blog ini tidak terkeluar dari kawalan manusia yg diamanahkan ...

kami tidak memadam pun walaupun satu artikal di dalm blog ini ..

agaknya masalah teknikal jugalah ...

minta tolong nasrul fikirkan teori konspirasi yg kain pula

Nasrul79 berkata... @ 14 April 2011 12:12 PG

maafkan saya sang karut, hamba sekadar melawak disamping teori karutan saya nih.. maafkan saya kepada keseluruhan warga PKMF-TK sekelian. maafkan saya.. saya akan fikirkan teori konspirasi lain...eeemmm... errr, apa2pun tahniah pada sang karut dan warga PKMF-TK kerana nukilan yang hebat pada blog ini sehingga saya ingin menyimpan setiap posting yang telah dipostkan terutama tulisan TUAN KELARIAS. masalahnya yang hilang kebanyakan tulisan ustaz. mohon pihak sang karut pergi kebahagian ADMIN ONLY untuk melihat posting yang telah hilang yg didakwa pembaca adakah masih ada atau tidak. kalau ada tapi org lain tak dapat baca yang ni kena tanya sang forensik..heheheh...balik-balik warga PKMF-TK jugak yang pakar... atau ada yang pakar it diluar sana. mana tau boleh share info baru masalah dunia maya nih..

syedhs berkata... @ 14 April 2011 9:43 PG

Bila saya mention hijab pada posting saya sebelum ni, maksud saya ialah saya pernah dengar ada beberapa posting blog yang memang macam kena pagar.. so ada orang boleh access, ada yang tak boleh access. Ada kes dikatakan keseluruhan blog itu sendiri tak boleh diaccess. Pelik.. entah benar ke tidak, blog pun boleh terhijab hehe..

Insyallah saya akan list posting yang tinggal tajuk saja, takde content. Memang ada lagi tapi tak ingat, so kena bukak satu2 tengok.. banyak posting dalam blog ni, ambik masa sikit :)

Sang Panglipur Setia berkata... @ 16 April 2011 9:56 PTG

kata empunya Blog ini...di dalam gurindamnya..."Sesiapa yang dengki..... PULANG KE ALLAH"...jika sidang pembaca tidak mahu kehilangan artikel dalam senarai bacaan harian tuan2..kenalah baca cepat-cepat...tiada lagi ulang tayang kisah karut...dari penulis asalnya...ditakuti dengan kehendak tuhan artikelnya tidak menjelma lagi dalam paparan....wsalam...

Fenomena Zaman berkata... @ 20 November 2011 12:34 PG

Assalamualaikum Warahmatullah.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Sabda Nabi : “Kebinasaanlah bagi emas dan perak! Betapa buruknya benda itu!” Nabi mengulangnya sebanyak tiga kali. Maka sahabat-sahabat telah bertanya, “Perkara apakah itu yang baik dan patut untuk disimpan sebagai Khazanah? Maka baginda menjawab “Lidah yang berzikir pada Allah, hati yang bersyukur pada Allah dan isteri yang solehah yang menolong suami di dalam kerja-kerja agama”.

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...