MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

RAHSIA SOLAT

Published by Sang karut under on Ahad, Januari 22, 2012
AMARAN : Artikal ini adalah dongeng lagi karut yg tiada dalil menyokongnya ,jadi para pembaca tidak dipaksa untk mempercayainya .- Sang Karut .

Mahu solat khusuyuk ya ..sudah 30 tahun mendirikan solat tetapi masih lagi sama seperti 30 tahun yg lampau bahkan lebih baik jika diamati solat yg dilakukan dulu dengan yg didirikan sekarang . bagaimana yg dikatakan solat ada roh ...solat yg berkaran ..solat yg mampu mencegah diri sarung daripada perbuatan mungkar ..mari kita lihat dengan kaca mata teropongan .

Serikandi Melur : maafkan melur jika bertanya..barang yg tiada tahu ingin diketahui.. bagaimanakah yg dikatakan 'smart solat'?

TuanKelarias Al Fateh :solat tu berdoa ..doa tu menyeru-nyeru bermunajat..siapa yg solat sebenarnya seda
ng menyeru doa.. maka dikatakan orang tua-tua arif billah, selagi masih ada sembah menyembah maka itu juga adalah syirik jua..katanya saya pun tak paham. kalau solatnya masih sama seperti baru belajar dulu yakni masih sama semua maka samalah darajat solatnya di sisi tuhan tak berganjak-ganjak ke martabat yg lebih ke atas. sembahyang jangan ingat macam-macam lah..itu namanya sebahyang yg mensyirik menduakan tuhan..sebab itu siapa-siapa yg sembahyang ingatan nya macam-macam sama dgn mensyirik duakan tuhan ..kalau dipandang org itu macam BABI

Orang yg sombong dan tak mahu merendah diri suka meninggi diri tidak akan dapat martabat khusyuk dalam solat..nescaya tersumpah kalam ini kalau benar di sebaliknya wahai Senopati Kesuma Dewi cuba teropongkan perkara tadi ?

Senopati Kesuma Dewi : Tuan, aura bg kata-kata tuan berwarna ungu bermakna benarlah org yg tidak khusyuk solat itu rupanya spt BABI. Saya disimulasikan rupa mereka spt khindzir berwarna pink tetapi berbadan manusia.

TuanKelarias Al Fateh :kepala BABI TERNAK badan , badan si manusia..Jadi jangan anggap mudah dengan solat...mencari khusyuk tak dapat-dapat sampai sekarang, termasuk la saya..kuat berangan-angan masa solat..tau -tau dah terlajak berapa rakaat. sebenarnya ilmu solat sudah di khabarkan beribu-ribu tahun yg lalu tapi orang lembab nak memaham agaknya..khusyuk itu ialah hadir hati. masalah nak memaham HUDHUR ni yg jadi problem kita

apa itu ' hadhir hati' sebenarnya...?jadi, sesiapa yg kata SMART SOLAT maka itu tanda orang itu memmang benar-benar telah terjarah fikirannya oleh syaitan. akibat ketiadaan ilmu pengetahuan maka direkakan perkataan SMART SOLAT.. cubalah terjemahkan erti perkataan smart itu apa..?SKD cuba kamu teropongkan aura kata - kata manusia yg telah mengilhamkan idea canggih kononnya dgn kata kata terbaru ' smar solat'..apakah warna aura perkataan smart solat tu..

Senopati kesuma Dewi :Aura utk smart solat adalah kuning merah tuan!

Are Zizi :tapi mcm mane kalau rasa dah kusyuk solat,dalam hati tetap tidak puas hati tentang solat yg d lakukan?

TuanKelarias Al Fateh : Itu namanya tidak khusyuk ..khusyuk tidak boleh dirasa-rasakan.. kalau 'hadir hati'..?

Senopati Kesuma Dewi : Tuan, jika dihadirkan hati auranya ungu tuan,. Simulasinya saya melihat sepertinya hadir 7 cahaya yg membawa solat/ rohaniah org itu naik ke langit:

TuanKelarias Al Fateh : solat tak boleh di gandingkan dgn istilah smart'...hanya orang-orang yg jahil juhalak saja yg berani berkata demikian.Taawuz basmalah; innas solaata tanhaa anil fakhsyaa'i wal munkari. solat itu sebenarnya ada tiga martabat besar lagi agung tapi bukan di sini saya ingin bercerita..kalau nak tahu juga dalam sms bolehlah. solat atau doa atau hakikat solat itu akan menjauhkan diri dari melakukan perkara yg keji meminum arak, berzina..samada zina mata atau zina di dalam hati dada ini..dan juga perkara yg munkar yakni yg ditegah oleh syarak

adapun solat orang yg dikira ada sikit hadir hati ialah yg telah berjaya menguasai erti dan makna dari setiap perkataan arabnya dan perbuatannya dari awal tabir sampai ke tahiyyat salam.. jadi kena belajar erti maknanya sambil solat sambil menterjemahkan ayat-ayat bahasa arabnya...jadilah. tapi itu tidak termasuk solat yg tiga martabat keagungan diri. itu namanya solat tadika kemas atau tadika pasti..jadilah dari tak dapat pengertian khusyuk yg sebenar.

maka solat saya adalah solat tadika , sambil solat sambil menterjemahkan bahasa arabnya..hadir jugalah hatinya cuba teropongkan betul ke orang yg telah berjaya menghafaz setiap bacaan dalam solat siap dgn erti maknanya itu adalah solat tadika kemas atau PASTI...? cuba lihat simulasi aura warnanya.maka teraba2lah manusia sampai akhir hayat dgn ilmu solat yg tidak akan berubah..masih ditahap yg sama..walaupun dia seorang Dr atau Proffesor....silakan...

Senopati Kesuma Dewi : Tuan, mengikut simulasi aura solat yg menghafal maknanya warna kuning dan merah .

TuanKelarias Al Fateh :sama saja solat seorang proffesor dgn budajk tadika..af'alnya dan juga bacaannya ..termasuklah ingatannya dalam solat..ingat gula gula...mcm kanak kanak kandos
darpada melarat larat ke perbincangan yg bukan-bukan..maka dgn senang hatinya saya membukakan cerita asasnya dgn kaedah yg terbiasa disebut itu jga tapi dengan pemahaman dari orang-orang yg telah bertemu rahsia di dalam solat...bacalah dgn hati hati dan fahamkan ini..jangan bertanya..kerana banyak bertanya menghilangkan kefahaman yang pertama, kedua dan ketiga. Berdoalah pada tuhan agar yg akan saya sampaikan ini mudah dan dapat di paham..walaupun hanya sebagai kiasan.

Hudhur Hati itu bermaksud khusyuk...khusyuk itu arti maksudnya ialah hudhur hati yakni hadir hati. Solat yg bernyawa adalah solat yg hadir hati.Hati adalah maksud yg luas, yg sebenarnya ditujukan pada kerohanian diri.Kerohanian yg dimaksudkan ialah ROHANIAH diri...Solat yg khusyu' sebenarnya ialah solat si diri sarung yg disertai oleh diri rohaniahnya sendiri ..yakni solat yg tidak khusyu' ialah solat yg tidak disertai oleh rohaniah dirinya yg sebenar itu berserta di dalam sarung tubuh ini.

Maka perumpamaannya ialah, cuba fahamkan istilah ;rohkan solat kamu, rohkan bacaan quran kamu, rohkan diri kamu..rohkan..yakni hadirkan rohaniah diri ketika solat, itu namanya hadir hati rohnya ke dalam sarung.MUNGKIN SUDAH JELAS atau MASIH KURANG JELAS..baik,, apa pegangan para arifin billah dalam hal ini..? maka pegangan mereka itu ialah jirim dua belas..yang antara nya intipati solat itu disusun dalam bait-bait melayu jawa yakni;

  • SEMBAHYANG itu NYOWO ( Sembahyang itu nyawa )
  • Seng SEeembahyang IKU ATI( Yang Sembahyang itu adalah hati )
  • Seng di SEMBAHYANG ke iku AWAK iki. ( Yang Di Sembahyangkan itu Jasad )
sembahyang itu adalah nyawa yakni roh yakni hati. yang sebenarnya , yang mendirikan solat , sembahyang itu adalah hati( hadir hati) yakni rohaniah diri..bukan kita ini yakni bukan tubuh ini..tapi...hakikatnya Rohaniah kitalah yg bersolat bukan nafsu kita ...

yang di sembahyangkan ialah tubuh jasad ini.....maka kita ini adalah yg kelima berdiri tegak yg disebut SEPANCER.( orang yg sudah meninggal jasadnya di solatkan -ambil iktibar daripada itu ) sepancer adalah kita ini ; yg berdiri tegak menghadap tuhan bukan diri ini yg solat tapi...?maka, sedulur papat itu adalah, saudara asal muassal kita yg beriring EMPAT unsurnya di dalam diri iaitu; tanah...air....api.......angin...EMPAT BERSAUDARA.( tubuh jasad ini disolatkan supaya sihat dari penyakit zahir dan batin -keluar semua angin-angin jahat dan sifat-sifat mazmumah sedikit demi sedikit apabila jasad ini di solatkan )

telah dikhabarkan berkali kali bahawa rohaniah diri itu sebenarnya telah keluar dari tubuh jasad ini dari ilmu kerohaniannya semenjak kita ihtilam. semasa masih budak-budak lagi dulu solat kita berserta dgn rohaniah kita yg masih duduk diam di dalam jasad ini.maka selalu org tua2-tua bilang, budak-budak jangan dimarahin..budak-budaktak ada dosa..bermaksud rohaniah dirinya masih berkelambu teguh didalam jiwa batinnya.

kenali diri itu ialah mengenali diri ini yg mana satu diri kita..adakah yg sedang menaip ini diri kita..? bukan...yg menaip dan yg sedang membaca ini adalah diri nafsu yakni qarin diri kita..diri kita sebenarnya di luar sana..sebab itu dalam solat kita dilarang bergerak-gerak lebih dari 3 kali.
bagaimana mahu mengembalikan yg menaubatkan diri yg sebenar itu masuk semula ke dalam jasad yg berpenunggukan qarin nafsu ini? caranya ialah banyakkan diam lidah , kurangkan berkata dunia malah jauhkan sama sekali berkata-kata di dalam solat atau serentak dgn meninggalkan gerak-gerak yg tidak dikehendakki dalam solat.

tidak bercakap dan tidak bergerak akan membukakan ruang yg lebar dan luas di dalam sarung ini umpama daun semalu..kalau disentuh maka terlayu semula tubuh ini dari menerimakan rohaniah diri yg berada di luar sana.kalau ditanyakan ...' kenapa rohaniah manusia selepas akil baligh berada di luar diri..? maka jawabnya ialah apabila telah akil baligh biasanya manusia sering melakukan maksiat kalau lelaki suka melancap mengeluarkan air mani sama saja halnya dgn perempuan...perbuatnan onani telah banyak disindir-sindirkan oleh orang tua sebagai jalan-jalan utama dan punca rohaniah diri membenci lalu keluar dari sarung ini tanpa tunggu lama -lama..

Onani, adalah perbuatan cela dalam istilah kerohanian..walaupun ada yg membenarkan ketika menahan diri dari melakukan zina dengan memasukkan zakar ke faraj perempuan yg haram..maka ramai yg menerima kaedah itu..silakan, tapi ingat rohaniah diri tetap tidak akan bersatu..maka ia disebut dalam peringatan tuhan kepada Muhammad saw MIN AMRI RABBI..
sesiapun tidak tahu akan hal ini kecuali mereka yg telah bertemu dgn pencarian hakiki di jalan yg sunyi dari tipu dayanya...Maka sebaiknya jgn ditanya kenapa rohaniah diri keluar dari diri sarung ini lagi oleh sesiapa pun yg ingin bertanya.

Maafkan saya , kerana bercerita perkara yg sepatutnya saya boleh elakkan dari pada menggunakan bahasa yg terang lagi jelek, tapi...saya hanya ingin menyampaikannya dalam bentuk yg lebih suka dibaca oleh penggemar onani dan seks biar dia paham..kesan-kesannya lalu terus dapat meninggalkannya kecuali pada yg dihalalkan kepadanya. bertafakkur adalah kunci jawaban pada sekalian persoalan solat yg hadir hati yakni khusyu'. dengan latihan berjam-jam sehari akan dapat membinakan ruang jasad ini ke arah menyediakan keseluruhan rohaniah diri kembali yakni taubat yakni kembali ke tubuh bangkai bernyawa..selalu orang tua sebut..hidup di pakai, mati di tumpang..

nanti apabila diri jasad ini bangun untuk mendirikan solat maka akan bergerak lah arasy tubuh,,terbukalah ubun-ubun di batu jemala patik..bersedia untuk memasukki ruang idaman dirinya yg sebenar melalui pusat uri tembuni yg terbiar kotor selama ini..jadi..orang tua-tua selalu berkata Allahu Rabbi..apa maksudnya..allahu rabbi..lalu bersegeralah rohaniah diri itu kembali melalui uri tembuninya yg bertali meresap ke sekalian alam baru ini menggigil seluruh tubuh tak terucapkan perasaan stim nikmatnya yg amat teramat lalu melayang hilang mikraj ke lelangit diri..maka terfana ia di dalam solat menyeru-neru akan tuhannya berdoa-doa ia di dalam jasadnya sendiri berhadap dengan menggigilnya sehingga ia tidak mampu untuk berdiri.

maka itu adalah gambaran solat...orang-orang yg khusyuk dan bertemu dgn tuhannya di dalam solat yg agung di tahap yg pertama....yg kedua akan saya ceritakan tahun hadapan..dan yg ketiga akan saya ceritakan setahun sebelum saya pulang kehadaratnya nanti. amin. salamun alaikum.


0 40 comments:

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

RUANGAN CHATTING BERSAMA