MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

Rohaniah ,Nyawa , Sarung@Jasad , Qorin @ Nafsu

Published by Sang karut under , , on Jumaat, Januari 20, 2012
AMARAN : Artikal ini tidak berdalil jadi ia adalah kategori dongeng lagi karut ..jika anda percaya itu adalah atas keputusan anda usahlah di marah artikal ini jika anda tidak percaya sebab kami sudah beri notis kepada anda . Kami tidak memaksa anda percaya . - Sang karut .

TuanKelarias Al Fateh : kita di sini bukan nak mempamir-pamirkan ilmu..ilmu sebenar di dada al ilmu fis sudur..org yg sudah mendapatkannya mereka tidak akan membukakan rahsianya..duduk diam-diam saja....

TuanKelarias Al Fateh : ilmu fil uqul...haaaa kalau ilmu dalam akal otak ini memang kita sering membanding-bandingkan dgn orang..tunjuk siapa terer cakap dan berhujjah..atau riyak sikit nak tunjuk siapa yg banyak amal nya...wiridnya...zikirnya...tahajjudnya...walhal itulah dia syaitan yg mengurung dirinya yg sebenar di luar diri...

  • Wahai Senopati Kesuma Dewi , mari teropongkan bagaimana keadaan seseorang yg suka menunjuk-nunjuk kan ilmunya kepada orang lain?.

Senopati Kesuma Dewi : Tuan mengikut pandangan saya, org yg suka menunjuk-nujukan ilmunya itu rupanya seperti seladang atau lembu yg bertindik dihidungnya. Badannya besar seperti memakai baju besi dan suka menyondol atau menanduk org lain.

Lacinra Parroki :Kenapalah ada orang yg macam tu yerTuanKelarias Al Fateh..walhal segala ilmu itu datang dariNya jua...mungkinkah kerana mereka2 itu berada di tingkat ilmu yg berbeza....?

TuanKelarias Al Fateh: puncanya Lacinra Parroki, orang-orang yg tidak mengenali dirinya itu sebenarnya ialah sarung..jasad itu ialah sarung...tubuh itu ialah sarung bangkai yg bernyawa..
nyawa itu adalah sebahagian dari roh..roh itu yakni rohaniah diri itu sebenarnya di luar tubuh, yg di dlam tubuh sarung jasad ini adalah nyawa bateri untuk menggerakkan jantung nadi.jadi manusia tidak menyangka....selama ini dia berkata - kata makan - minum sebenarnya bukan dirinya yg sebenar..itu adalah dirinya qarin..tapi kita sering terperasan yg itu adalah dia..sebab itu ramai arifin billah mencadangkan berlatihlah membuang akuan diri qarin nafsu itu sampai berjaya.

Mohd Zamri Daud :Bagaimana pulak dengan insan yang banyak ilmunya, tapi tidak disebarkan dan dikongsi dengan manusia lain? contoh para nabi ataupun wali-wali yg suka tinggal di hujung kampung?

TuanKelarias Al Fateh : ‎Mohd Zamri Daud; kita kena tahu kedudukan manusia itu sendiri di sisi tuhan ada dua yg kita tahu, pertamanya manusia awam..keduanya manusia khawas..apa itu awam..dan apa itu khawas..? ilmu yg dimiliki oleh manusia awam berbeza pula dgn ilmu yg dimiliki oleh manusia yg khawas..siapa yg khawas itu..? Seekor lembu atau seladang liar memang kerjanya suka menanduk orang...seorang alim ulamak yg berilmu itu pula yakni berilmu kitab lah bukan berilmu resam padi, akan suka menanduk orang lain mencabar ilmu atau kemahiran yg dimilikki dan suka membanding-bandingkan kekuatan zahir dan batinnya kepada orang lain supaya dirinya diikuti oleh sebahgian manusia lain sebagai pengikutnya yakni diri bercita cita ingin menjadi guru atau mursyid.( barang siapa yg bercita-cita hendak menjadi mursyid maka jadilah ia DAJJAL )

Itu adalah sikap seorang pendajjal...makanya dajjal yg seramai 30 orang termasuk dajjal besar akhir zaman itu , semuanya adalah dari kalangan kamu yakni umat islam..dan semuanya mengaku dirinya adalah wali wali akbar...mengaku kenal dengan Allah..tetapi dirinya teraba- raba dalam mencari pengenalan kepada tuhannya. biasanya orang awam yg ingin menjadi arif billah digambarkan seperti lembu atau seladang liar yg mempunyai tindik di hidungnya sama seperti yg disimulasikan pada SKD dan lagi tubuhnya berbaju besi yang bermaksud ada ilmu kebal senjata atau ada ilmu mempertahankan diri dari serangan zahir dan serangan batin atau serangan kata - kata ilmiah.

Lacinra Parroki : Adakah dengan setakat mengikuti rukun islam yg 5 itu dapat mengikis ke akuan diri Qarin ituTuanKelarias Al Fateh atau ada cara tertentu lagi mengikut petunjuk orang2-orang yg lebih arif..?

TuanKelarias Al Fateh : itu hanya melepaskan batuk di tangga sahaja yg fardhu daripada tak buat langsung , khusus untuk awam yg tiada masa kepada tuhannya...jadi dalam ilmu sinisihan wahyu seperti yg digambarkan oleh para arif dalam buku-buku mereka, mereka sebenarnya memperuntukkan masa selama enam atau lapan jam sehari..bertafakkur ilallahi taala..siapa yg mampu duduk bertafakkur 8 jam sehari maka itulah orang-orang yg berjaya menundukkan hawa nafsunya...Lacinra Parroki 5 waktu sehari semalam adalah bayaran yuran wajib pada setiap diri.maka jika ia mahu mengubah perangainya hendaklah dia berguru sehingga guru menunjukkan maqam-maqom dirinya yg perlu dicantas dari kejahatan dan tipuan syaitan dirinya sendiri.

TuanKelarias Al Fateh: Senopati Kesuma Dewi ....cuba kamu teropongkan ini, seorang manusia itu sebenarnya terdiri dari sarung..qarin...rohaniah dan nyawa..itu yg paling mudah untuk saya beri gambarkan ..cuba kamu teropongkan..di mana qarinnya..dimana nyawanya ( yg bersambung dgn rohaniah diri ) dan di mana pula rohaniah dirinya...ketika ia sedang berdiri berkhayal atau duduk berkhayal termenung entah apa apa entah... dan saya mintak gambaran ini dilukiskan semula oleh sesiapa yg pandai melukis nanti lalu postkan semula di post baru.

Lacinra Parroki :kenapa kita orang-orang melayu bila ada kelahiran bayi baru..tembuni yg keluar bersama-sama bayi itu hendaklah di tanam dengan berbagai macam cara mengikut adat sesuatu suku..sehingga ada meletakkan bermacam-macam barang di dalamnya..lepas tu kena letak pokok kelapa di atas nya...?

TuanKelarias Al Fateh :sebenarnya uri tembuni ada tali perkaitan dgn kita sampai mati cumanya bukan dgn uri tembuni yg ditanam itu, tetapi dgn rohaniah diri kita yg di luar jasad ini..sebab itu orang2 yg tahu ilmu kerohanian sudah barang pasti mereka ingin mengingatkan anak cucu mereka tentang ilmu kerohanian itu yakni disebut dalam bahasa melayu ini sebagai uri tembuni. Jadi sekurang2nya anak cucunya apabila besar nanti ditunjukkan dgn pokok kelapa atau apa saja tanda untuk memperingatkan dirinya bahawa kenalilah diri kamu yg sedia ada ini dan carilah apa rahsia uri tembuni supaya kamu nanti tidak mati melainkan kamu kenal diri kamu sendiri yg sebenarnya.

BUKTI tentang ini ialah, seluruh penyihir samada siam, hindu, asli, yahudi, nasrani dll tahu rahsia rohaniah diri manusia..kenapa kita tidak cuba mengertikan perkara ini, kenapa para ulamak pentas ceramah dan hal ehwal islam hari ini langsung tidak pernah dengar tentang inikah?.....bukan untuk belajar ilmu sihir.Tapi pelajarilah bagaimana mereka menyihir orang, ada rahsia kerohanian diri yg akan menyampai ke jalan mengenal tuhan..sebab itu saya suka beritahu..sebenarnya para kanuragan dan paranormal di dunia ini hanya tinggal satu langkah sahaja dirinya dgn tuhannya..seperti yg pernah diungkapkan oleh almarhum gusti sang prabu dahulu...

saya bukakan sekali lagi mengenai ini..orang2 yg tahu tentang ilmu rohaniah diri pasti akan dapat menyihir orang dgn mudah sekali..sebab dia tahu hanya dgn menggunakan rohaniah diri seseorang yg bodoh dan bangang tak tahu tentang roh diri sendiri bakal menyudahkan riwayat mereka tanpa menyentuh tubuh dan jasadnya..hanya dgn usikan kepada rohaniah diri yg diluar dapat membunuh sarungnya ini sedikit demi sedikit. Bagi pengamal kerohanian islam yg mendekat ilmunya ke arah nur syuhud maka jalannya amat mudah untuk sampai ke hadrat tuhannya hanya dengan mengabaikan karomah atau maunah atau ilmu2 sakti dan sebagainya kerana dirinya hanya tinggal selangkah di hadapan tuhannya..tapi sayang seribu juta kali sayang...mereka tidak kenal...

Senopati Kesuma Dewi : Tuan mengikut pandangan saya nyawa itu seperti duduk di jantungnya. Qarin itu dibahu kirinya yg kadang2 terbang berlegar disekelilignya.. Rohaniah bersambung di pusatnya. Apabila seseorang itu berkhayal sebenarnya rohaniahnya sedang berjalan dan kadang- kalanya ditipu dan diperindahkan oleh qarin dan syaitan.

Kesimpulannya ..

Ilmu yg berharga dan di kira di sisi Allah dan sekirannya manusia itu mati ialah ilmu yg di dalam SUDUR ia adalah terahsia .Ilmu Nahu ,Usuluddin ,Mantiq ,ilmu kedoktoran , ilmu kejuruteraan dan sebagainya ialah ilmu di dalam akal manusia . Ilmu itu akan lenyap bermula manusia itu sakaratul maut dan lenyap bersama reputnya daging ,tulang dan otak di perut bumi @ kuburan . Ia tidak di bawa ke akhirat .Ilmu itu hanyalah suatu alat kemudahan utk manusia melangsungkan kehidupannya di dunia ini .

Adalah tersangat pelik jika seorang ilmuan sombong lagi bongkak ditambah sikap riyyak akan pemilikkan nya terhadap ilmu fi uqqul @ di dalam akal itu mengaku -aku dirinya kenal dirinya sendiri .Ia adalah pembuktian yg bersifat kontra dari apa yg terkeluar dari mulutnya itu .Mengapa ?

Manusia itu adalah sarung sahaja ..akuan atau qorin atau nafsu itulah yg mengaku-aku apa yg dimilikki itu aku punya padahal bukan miliknya ...jadi milik siapa ? jawapannya ialah milik tuhannya ...kita boleh mengecam manusia yg belum hilang sikap keakuan dirinya itu dengan lafaz-lafaz yg popular seperti ..AKU ADALAH AKU ..ENGKAU ADALAH ENGKAU ...ia seperti kata-kata nafsu apabila dipanggil mengadap tuhan kemudian enggan mengakui tuhan itu adalah tuhannya ..disebalik akuan itulah kita dapat tahu masih wujud sifat mazmumah seperti sombong ,angkuh dan takabur ...Nafsu @Qorin itu bukan diri kita ...jadi manusia yg seperti itu tidaklah kenal diri rupa-rupanya ...

Sikap yg sebegitu adalah bahaya bagi sesiapa yg mahukan kehalusan dalam perjalanan kerohanian ..adakah manusia itu tidak pernah membaca kisah Iblis yg enggan sujud kepada Adam a.s .. Tuhan berkata kepada Iblis ..Wahai azazil mengapa engkau tidak mahu sujud kepada Adam ? Maka di jawab oleh azazil ... bagaimana aku mahu sujud kepadanya ...Aku diciptakan drp api dan Adam diciptakan drp tanah !!.. akuan azazil yg mengaku -aku hebat itu membawa padah ! daripada mulia menjadi hina ....

Mengapa manusia yg mengaku kenal diri itu tidak kenal nafsunya sehingga mengikut tipuan nafsunya ..jika sudah kenal diri mengapa masih ada lagi ucapan-ucapan yg berbaur nafsu dan iblis? ...jika sudah kenal diri mengapa tidak ada sifat muhammad pada diri sarung itu? ...sifat -sifat derhaka seperti suka sangat mencabar lawannya padahal ada lagi jalan yg mulia boleh digunakan ...Rasulallah dan para nabi dahulu sering di cabar oleh orang yg tidak mempercayainya . Maka dipertunjukkan mukjizat kepada mereka ...maka selepas itu mereka tetap tidak mahu percaya dan mengejek dan mengolok-olok ..benarlah si pulan itu ahli sihir dan mengamalkan ajaran sesat !.

Persoalannya adakah mereka akan percaya dan mengakui selepas ditunjukkan apa yg mereka minta ? JAWAPANYA IALAH ....................




0 40 comments:

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

RUANGAN CHATTING BERSAMA