MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

Hang Tuah siri akhir : Maqom Hang Tuah Di Patani ...

Published by Sang karut under on Jumaat, Februari 10, 2012
AMARAN : Artikal ini bersumberkan pengembaraan Senopati Kesuma Dewi ke dimensi alam sebelah sana .Ia tidak berbukti nyata ..kami tidak memaksa para pembaca mempercayainya . Kami tidak bertanggungjawab di atas tindakan akal tuan-tuan selepas sahaja membaca artikal kami .- Sang Karut .

Selepas sahaja komentar para pembaca yg panjang lebar ..ops Hang Tuah bersambung semula ...
TuanKelarias Al Fateh :
  • MD: 1- Adakah petanda@bukti nyata untuk pengkaji zaman ini jika mahu mencari bukti kesahihan kajiannya untuk mengesahkan bahawa Hang Tuah dan 3 saudaranya itu dari Ghuwang Zhaou. Kalau ada apa tandanya?

Senopati Kesuma Dewi :

  • Md 1- Tanda-tandanya ialah saya menaiki wafa jin dan meminta dibawa ketempat yang masih wujud pada zaman sekarang untuk memberikan petanda@bukti kewujudan Hang Tuah... saya dibawa berpusing-pusing di masjid tempat Hang Tuah dibesarkan yakni Masjid Ghuwang Zhaou. Saya memang perlu memasuki pintu gerbang untuk ke dalam masjid cuma selepas pintu gerbang itu adalah ruangan yg sangat lapang.. tapi diletakkan batu seperti dipasang tiles dan disitu akan nampak beranda seterusnya ruangan solat.http://www.worldbulletin.net/resim/250x190/2011/08/25/cin-8.jpg Seperti inilah masjidnya( sila klik alamat yg digariskan utk melihat gambar masjid yg dimaksudkan ).Binaan yg dahulu adalah seperti ini tapi tidak secantik dan semoden ini. Mengikut fakta, memang banyak kali telah di ubah suai.saya telah sampai semua ke pintu masuk masjid tersebut dan saya lepaskan wafa untuk melihat ia terbang ke arah mana.wafa terbang laju masuk ke dalam masjid.. dan bila saya masuk ke ruangan solatnya, saya mencari dimana mimbarnya dan wafa sudah terbang di situ tuan.hamba dapat melihat jelas wajah rabitah di atas mimbar tersebut.Saya lihat rabitah dan wafak di atas mimbar.. kemudian saya lihat anak yatim sedang bersolat.. Hwang Tou Ah (versi kanak-kanak) sedang solat di dalam masjid.Masjid tersebut telah diubah suai banyak kali.. Mimbar yg saya lihat adalah diperbuat daripada kayu berwarna coklat gelap.
  • Tuan Kelarias Al fateh :MD : 2- Berapakah Umur Hang Tuah sewaktu dibawa oleh bapa saudaranya ke Melaka . Adakah semasa Hang Li Po datang bersama Hj Cheng Ho dan rombongannya...atau sebelum itu lagi, yakni dizaman Sultan Mansyur Shah lagi.
  • Senopati Kesuma Dewi :Md 2: saya dibawa oleh wafa jin mendekati bahtera yang sangat besar... ada rombongan yg ramai di sana.. ditunjukkan Hang Tuah bersaudara di atas kapal tersebut duduk di sudut belakang kapal.. saya rasakan usia mereka antara belasan hingga awal 20an..
... jika bercerita tentang Hang Tuah , sesungguhnya ia mudah menyentuh sensiviti para pengkaji yg sudah mengkaji puluhan tahun dan telah muktamad dan yakin diatas kajiannya ditambah pula jika ada barang-barang yg ditinggalkan oleh keturunannya kepadanya di antaranya ialah .....

Pahlawan Linggi :Tak kan itu gambaran masjid nya... Ingat dari semalam dah betul lah yg korang gi... Sampai mati-mati ingat dah jumpa cop mohor di raja tu yg bertulisan cina tapi boleh dibaca dgn jelas... Sebab cop mohor nyata ada di Malaysia ni dan juga masjid tu pun nyata ada di Malaysia ni... Kalau ya cakap ye, kalau tak gi lah cari di tempat lain... Masjid nya warna putih, sebenarnya dah agak lusuh warnanya dan hampir warna coklat... Berbentuk 3 tingkat... Bumbung pertama segitiganya kecil, yg kedua sedang-sedang dan yg ketiga agak besar... Masjid ni tidak berapa besar tapi muatlah org nak jemaah dalam 250 orang... Berandanya agak ke depan sedikit, dan bersambung ke depan sedikit seperti ada pintu masuk seolah-olah mulut yg menganga... Masjid ni diperbuat daripada kayu...

Cop mohor tu lebih kurang sebesar buku sekolah budak yang digunakan utk tulis-tulis tu... Tulisan nya agak padat sedikit tapi boleh dibaca... Pemegang cop tu kayu yg bewarna merah... Kalau betul-betul tulisan tu boleh dibaca... Puas dah saya belek cop ni haa..Cop mohor ni bukan utk tontonan org ramai, kalau tak dah lama saya masukkan dalam face book... Gambar tok guru saya pun saya tak masukkan... Terpulang lah nak percaya atau tidak... Org gi merentas masa takde side effect ke?... Nak gi rentas masa amalan yg dibawa sangat berat... Tak ada pakai bantuan siapa -siapa ke?... Boleh berkomunikasi secara terus... Tok-tok wali nya muka iblis boleh tiru... itu penting bila berkomunikasi ketika merentas masa... Nak pengesahan suruh tok wali tu mengucap... Kalau dia mengucap lailahaillallah suruh dia baca lagi... Kalau setakat itu je dia baca tu iblis... Semua nak berdongeng saya tak kacau lah ... jadi teruskanlah .....

  • Pihak MKAJ mempunyai ramai bakat -bakat sebagai peneropong ..sudah tentu ada bezanya hasilan teropongan masing-masing ..oleh kerana ini kisah dongeng maka kami masukkan juga hasilan teropong ahli PKMAF yg lain.

  • Kisah teropong Puan Rohilah Omar ....

Rohilah Omar : Mukadimah nya ....Ini cerita sebelum belayar, maaf sebab tidak ikuti dari awal.ada 3 orang adik beradik kanak-kanak lelaki yang lebih besar berada di luar. sedang berlatih langkah macam wushu, seni mempertahankan diri.semasa di istana saya melihat maharaja cina berpakaian emas, janggut panjang ke riba, sedang merunggut. di istana ada seorang kanak-kanak lelaki berpakaian merah keemasan berlari-lari bermain seorg diri.usianya 1 tahun 5/6 bulan.

Kisah dipelabuhan pula ...

Dipelabuhan, kanak-kanak ini di pimpin oleh seorg perempuan muda diikuti ahli keluarga yg lain. ke atas kapal yg besar, yg lain sibuk memunggah barangan naik ke kapal.kapal belayar menuju ke Asia Tenggara, apa yg saya nampak persinggahannya bukan Melaka tetapi kepulauan Sumatera Indonesia, adakah mereka dibesarkan di sana.Keluarga ini sering solat berjemaah.tempat tinggal keluarga ini di tempat yg agak sibuk tidak jauh dari pelabuhan, nampak lautan yg luas terbentang. pakaian kanak-kanak ini sudah berubah. tidak lagi memakai warna merah keemasan. nampak berpakaian cina kemelayuan, adik-adik beradik ini sering bermain berkawan bersama, seolah-olah sahabat karib.

Belajar bersilat dari Tok Guru Sang Adi putera

Tidak jauh dari situ saya nampak ada satu masjid lama bila mendengar azan dilaungkan mereka akan berjamaah solat di sana. saya nampak bila umur mereka menjelang remaja iaitu ketika berusia 20-21 tahun mereka adik - beradik itu menaiki kapal dagangan yg besar, belayar menuju ke pelabuhan Melaka. Mereka adik - beradik bersama seorang sahabat lain ( Hang Kasturi ) mendaki bukit, di belakang membawa bungkusan peralatan, macam hendak pergi jauh. Saya melihat kawasan di atas gunung yang bersih, di sana ada sebuah gua.Seorang lelaki berpakaian silat duduk bersila berambut panjang warna putih, janggut panjang dan putih, jarinya bergerak-gerak, mulutnya sedang membaca sesuatu. Mereka duduk menundukkan kepala tanda Hormat. (Itulah Sang Adi Putera)

Panjang ceritanya...Orang tua ( Sang Adiputera ) ni selalu sangat berada di dalam gua, duduk macam orang sedang bertapa. Ada masanya keluar, meluncur di udara bersama tongkat dan senjatanya.Kawasan di pergunungan tempat tinggi, sebab di kelilingi pokok kayu yang besar-besar , tempat orang tua itu sunyi, tiada orang.Lokasi gunung itu ialah di semenanjung tanah melayu . Maaflah tuan-tuan , saya takut salah, dipandangan saya melihat negeri Johor sahaja. Muar dan segamat. ada satu gunung di situ, wallahualam.Tongkat milik orang tua itu hebat, mampu mengeluarkan tembakan berupa gelombang arus elektrik.

Nampak dia selalu berlatih menajamkan ilmu bersendirian. Lepas tu dia duduk bermeditasi, nampak juga solat dalam gua, pakaiannya jubah serban putih.Silat mereka tendangan maut sambil boleh terbang, mampu membelah pokok.Mereka di sana menjadi vegetarian , asyik makan sayur dan dedaun hutan.Dalam ramai-ramai , ada seorang berbadan paling kecil dan agak rendah, tak pasti siapa tu.

Kisah bermulanya sahabat berlima menabur jasa di Melaka ..

Di pendekkan cerita, mereka menerima ijazah dan tiap seorang di pakaikan mahkota oleh gurunya.Perjalanan pulang ke kampung halaman, nampak mereka sedang bermain sepak raga, ada peristiwa kebakaran org mengamuk, bunuh laki perempuan dan kanak-kanak lari bertempiaran.Lelaki mengamuk berpakaian tak sempurna koyak rabak, mengejar penduduk, nampak seperti tidak siuman. Di tangannya ada keris atau parang, tapi nampak berlok, menitis darah.Mereka meluru mengepung lelaki ini, berlaku pertempuran. Pandai lelaki ni mengelak-elak , kemudian salah seorang dari mereka, menikam perutnya.Dua tikaman rasanya, lelaki itu rebah dan merangkak kesakitan.

Begitulah teropongan versi Puan Rohilah ....kesimpulan disini ....Hang Tuah dan adik beradiknya berlayar ke Sumatera utk berhijrah dan membina kehidupan di sana ..diantara mereka sudah ada asas mempertahankan diri seperti vushu ..cth mereka ber-3 ketika di atas kapal sedang berlatih vushu ...Mereka tidak terus ke melaka tetapi ke sumatera dan membesar di sana .

Apabila telah berumur lebih kurang 20 tahun ..mereka berkelana ke Tanah Melayu iaitu ke Johor melalui pelabuhan di Melaka terus ke sebuah gunung yg terletak di Segambut , Muar johor ..di sana mereka berguru dengan Sang Adiputera yg pakar bela diri ..mereka belajar sehingga tamat ...apabila sudah tamat belajar mereka ke Melaka tiba-tiba terjadi amukan dari seorang yg tidak dapat dikenali di sebuah pasar ...peluang itu diambil oleh mereka utk menabur jasa .....

Selepas ini giliran Serikandi Kesuma Dewi pula meneropong ....

TuanKelarias Al Fateh :Tapa lam alif..alif lam..lam jalalah..lam di dalam..lam di luar..qaf di luar, bersilang di dalam...duduk di dalam jadi anak babi duduk di luar silang lam alif jadi orang..sapa paham ini dapat ilmu membakar sedaerah perkampungan setan. saya tukang baca saja..

MD : 1 - Semasa Hang Tuah berlayar Cheng Ho dan Hang Li Po ada sekali ker?

Senopati Kesuma Dewi :Saya melihat sebuah kapal yang besar.. di atas kapal tersebut saya melihat ada seorang puteri yang sedang duduk dan dilayan oleh 2 org dayangnya ..Puteri pakai baju pink diluarnya dan di sebelah dalamnya baju warna putih.Saya melihat seorang pembesar istana yg memaki pakaian istana serta bertopi seperti pembesar istana sedang membaca peta dengan wajah serius.Saya bertanyakan padanya, adakah dia laksama cheng ho, dia menjawab ya sambil terus membaca petanya.

Di bahagian belakang kapal terdapat anak-anak muda sedang berlatih seni mempertahankan diri cina bermain pedang, wushu jika tidak salah saya.Mereka begitu gembira berlatih berlawan sesama sendiri dan saya bertanyakan kepada seorang anak muda yg sejak tadi asyik berlawan. Saya memberi salam kepadanya dan dia menjawab. saya bertanyakan adakah benar dia Hwang Tou Ah. Dia anggukkan kepada kemudian meninggalkan hamba, menyambung perlawanan wushunya. Hamba melihat ketiga-tiga adiknya turut serta dalam kapal tu.

Hwang tou ah sgt lincah bermain senjata dan sangat meminati perlawanannya.Saya tidak melihat puteri Hang Lee Po di situ.Saya melihat di bahagian kapten kapalnya adalah pakcik Hang tuah yang berpakaian seperti pembesar istana berwarna biru dan ada seorang lelaki yang lebih muda dari bapa saudaranya berpakaian pembesar berwarna merah dan menyarung pedangnya di belakang.Tuan, Hang tuah dan Hang Li po tidak naiki kapal yg sama. Hang tuah menaiki kapal yang berlainan bersama bapa saudaranya dan seorang lagi pembesar istana.

Pembesar istana yg pakai baju merah itu saya jangkakan adalah laksamana cheng ho yang masih muda berusia sekitar awal 30an dan bersama puteri hang li po, Cheng ho berusia 40an. Di
Kedua2 dimensi dan zaman ini laksamana tersebut masih memakai baju kebesaran istana yang sama.

Tuan Kelarias Al Fateh : Adakah gambar Hang Tuah yg saya lukis itu sama dengan apa yg Senopati Kesuma Dewi lihat ?

Senopati Kesuma Dewi :Wajahnya hampir serupa tuan cuma Hang Tuah ketika ini masih remaja. Mata sepet dan hidung mancung. Keningnya lebat. Dia juga agak kurus. Usianya 17-20an. dan rasanya dia sedang belajar ilmu pertahankan diri, orgnya kurus tapi lengannya berotot kerana pakai baju tidak berlengan.

TuanKelarias Al Fateh :Kisah dengan siapa dia belajar dan di mana kita simpan sebagai kenangan, kerana sebahagiannya telah diceritakan oleh Puan Rohilah, dan kita masih banyak masa Untuk berjalan ke hadapan lagi...nun di sana,,,kita saksikan kenapa Hang Tuah yg bukan berbangsa melayu tetapi dikatakan pernah mengungkapkan kata-kata.. 'tak melayu hilang di dunia.dari mana dia mendapat idea atau kenapa dia beriya-iya benar dengan isyarat tak melayu hilang di dunia..atau, mungkin kata-kata dari gurunya Adiputra barangkali yg bercerita tentang kehebatan bangsa melayu pada masa akan datang...?

Senopati Kesuma Dewi :Mengikut kata hang tuah, beliau di amanahkan untuk menjaga Tanah Melayu.Kerana tanah melayu akan lahir seorang pemimpin agung.Kata Hang tuah, itu adalah janji dan amanah gurunya.Saya melihat hang tauh berusia antara 30an dan memakai pakaian pahlawan.Bertanjak dan bersamping kuning air. Bajunya umpama kain satin warna coklat kemerahan. Wajahnya ada misai, matanya sepet dan hidung mancung. wajah serius. Rupanya 95% adalah mirip potret dilukis oleh Tk.Mengikut Laksamana Hang Tuah, beliau telah ada ketika zaman Sultan Mansur Shah dan dilantik menjadi laksamana ketika zaman Sultan Muzaffar Shah.

TuanKelarias Al Fateh :Hang Tuah sewaktu berguru dengan Adiputra telah menyimpan rasa kasih kepada anak perempuan gurunya Adiputra..sewaktu anak gurunya datang ke tanah melayu bersama adiputra Temenggung istana telah menjalankan provokasinya sehingga buah hatinya itu telah terbunuh..Adiputra ( Maulana Ishak ) akhirnya menetap di Sagil , berhampiran pergunungan Ledang.. dan meninggal dunia sebelum Hang Tuah bertikam dengan Tamingsari di Majapahit. apa pandangan kamu SKD tentang ini.

Senopati Kesuma Dewi :Tuan saya bertanyakan kepada laksamana hang tuah dan dia menganggukkan kepalanya. melalui sorotan matanya saya dibawa ke sebuah pergunungan/hutan. disitu kelihatan seorang gadis yang sangat cantik bersama guru dan Tuan Laksamana. gadis ini memang sangat cantik rupanya berhidung mancung, dan berambut panjang.. saya dibawa melihat satu peristiwa ketika seperti datang pengawal membawa tombak yang datang ingin membawa gadis ini pergi. mereka saling berlawan dan entah bagaimana gadis ini tertusuk senjata.. saya dapat melihat wajahnya yg mengerang kesakitan.Orangnya juga tinggi, kulit cantik dan mulus. Jujur saya katakan, saya tak pernah lihat gadis secantik ini.

TuanKelarias Al Fateh : cuba semakkan kenyataan ini dan berilah gambaran apakah sebenarnya yg telah terjadi apabila rombongan peminangan di zaman Sultan Mahmud yg ketika itu Hg Tuah sudah berusia hampir 60an tahun..Benarkah Paduka Mamat anak kepada Baginda Sultan telah mereka-rekakan keseluruhan syarat-syarat dari puteri gunung ledang..memang gitulah keadaannya sebenarnya, mereka berdua telah berpakat antara Paduka Mamat dan Hang Tuah untuk mengembalikan kisah penolakan pinangan dengan merekakan alasan-alasan yg pada hari ini adalah sangat tidak munasabah langsung. ternyata Paduka Mamat amat 'geram' dengan ayahandanya dengan mengenakan syarat darah adik tirinya yg paling disayangi oleh ayahandanya.

Selepas itu Hg Tuah terus membawa diri hilang entah ke mana , tapi sebenarnya beliau menuju ke negeri Perak sekarang..Keris tersebut telah diserahkan kembali ( keris tamingsari ) ke istana sebelum beliau menyerahkan semula pakaian seragam laksamananya.


Senopati Kesuma Dewi :Tuan, saya bertanyakan kepada Tuan Laksamana tentang perkara ini. adakah benar seperti yang dikatakan bahawa sebenanrya semua syarat puteri gunung ledang itu adalah rekaan anak baginda sultan mahmud, Laksama menganggukkan kepalanya.saya dibawa kepada peristiwa seorang puteri yang saya jangkakan puteri gunung ledang berpakaian lengkap seperti puteri raja jawa yang memakaian crown puteri jawa berkain batik diraja dan memakai cekak emas di lengannya. Saya menjangkakan itu adalah puteri gunung ledang yang bertemu dengan Laksamana Hang Tuah yg juga memang saya lihat agak berusia. ketika itu hanya mereka berdua.. dan saya mendengar Tuan Puteri menolak peminangan tersebut tapi tidak memberikan apa-apa syarat kepada Laksamana... selepas itu puteri itu ghaib .

Tuan Kelarias : Adakah SKD bertemu dengan laksamana Hang Tuah ?

Senopati Kesuma Dewi :Seolah-olah Tuan Laksamana berada disebelah saya duduk sebelah kanan saya. semasa bertapa seketika Tuan Laksamana telah datang dan kami berbual-bual tentang kisahnya sebelum ini.. dan Tuan Laksamana sudi menemani saya dan menjawab soalan saya.

TuanKelarias Al Fateh :cuba teropong md ini pula :

  • Soalan : Hang Tuah berkahwin atau tidak ?.
  • Jawapan : Bila ditanya adakah Tuan Laksamana pernah berkahwin, Tuan Laksamana menggelengkan kepalanya.
  • Soalan :Hang Tuah mempunyai anak atau tidak?.
  • Jawapan :Tuan Laksamana juga menggelengkan kepala bila ditanya adakah beliau mempunyai anak.
  • Soalan : Semasa dia melarikan ke Perak dahulu adakah beliau membawa keris Taming Sari atau sudah diserahkan kepada Sultan Mahmud ?.
  • Jawapan : Saya bertanyakan kepada laksamana adakah benar beliau membawa keris beliau lari ke perak - Tuan laksamana mengelengkkan kepalanya.
  • Keris Taming Sari itu apabila ditanya adakah keris tersebut diserahkan kepada Sultan Mahmud, laksamana menganggukkan kepalanya. Saya dibawa simulasinya ke suatu peristiwa, saya di balairung istana. Kelihatan Tuan Laksamana berusia sekita 50an menyerahkan kerisnya kepada baginda raja. Raja menerimanya dengan berat hati. Seluruh istana bersuasana agak suram. saya menjangkakan itulah peristiwa penyerahan keris tersebut kepada Baginda sultan dan perletakkan jawatan laksamana.
  • Soalan : Adakah keris itu di campak ke dalam laut adakah benar ?
  • Jawapan - Keris itu tidak dicampakkan ke laut tetapi mengikut kata Laksamana dan rabitah ia telah dighaibkan.. wallahualam
  • Soalan : Hang tuah bertemu dengan Nabi Khidir t di Rom atau di Yaman ?
  • Jawapan : Saya melihat Laksamana telah menaiki sebuah gondola seperti di Rome.Tuan Laksamana juga mengiyakan yg beliau bertemu Nabi Khidir di Rome.
  • Soalan : Hang Tuah adakah pernah pergi menunaikan haji ke Mekah semasa dia berlayar ke Rom dan ke Yaman?.
  • Jawapan :Tuan Laksamana mengiyakan dari Rome dan Yaman beliau ke Mekah. Hamba dibawa melihat Tuan Laksamana yang memakai pakaian putih seperti pakaiaan ihram sedang memasuki masjidil haram.
  • Soalan : Sebenarnya Hang Tuah jasad nya masih hidup atau telah mati?
  • Jawapan : Jasad laksamana telah meninggal dunia.. itulah yang dikhabarkan oleh Tuan Laksamana dengan menganggukkan kepalanya.
  • Soalan : Keris Hang Tuah dikatakan oleh org ada dalam simpanan kerajaan Perak sampai 2009 disember yg lalu, selepas itu hilang benar ke?.
  • Jawapan : Mengikut Tuan Laksamana benar keris tersebut ada bersama kerajaan Perak hingga Disember 2009.
  • Soalan : Atau adakah disembunyikan seseorang kerabat Perak sampai sekarang .
  • Jawapan : Adakah disembunyikan oleh seorang kerabat diraja perak - laksamana menggelengkan kepalanya.
  • Soalan: Benarkah Hang tuah datang dari Champa dan meninggal di Melaka.
  • Jawapan- Bila hamba bertanya kepada Tuan Laksamana, beliau menggelengkan kepalanya sebanyak 3 kali.
  • Soalan:Benarkah Hang Tuah telah berhijrah ke Pattani dan meninggal dunia di sana?.
  • Jawapan - Benar Laksamana Hang Tuah telah meninggal di Patani. Laksamana menganggukkan kepalanya sebanyak 3 kali dan tersenyum.
  • Soalan : Apakah wujud tanda di kuburnya dan adakah boleh kita cari di mana untuk diambil sample DNA jika diizinkan oleh tuhan?
  • Jawapan : Hamba telah dibawa oleh tuan Laksamana seperti dikawasan pendalaman dan didalam hutan. di hadapan hamba ada seperti kubur purba yang mempunyai batu nisan yang kecil dan sudah dimakan usia. Tuan Laksamana menunjukkan disitulah kuburnya. Bila hamba bertanyakan adakah apa-apa petanda untuk hamba menemui kuburnya, Laksamana mendiamkan diri dan berkata..hamba memilih menyepikan diri...dan Tuan Laksamana memandang ke langit... hamba tidak pasti apakah maksud pandangannya itu
Wallahualam.. ini adalah pandangan dan dongengan hamba semata-mata mungkin terdapat kisah atau layar peraknya yang terganggu.. hanya direktor dapat mengesahkannya. Hamba menanti ulasan Tuan Kelarias kerana.. mungkin teropong hamba ada kekhilafannya.

Ulasan pembaca ..

Lily Hashim :Menurut tuan punya riwayat ada di Perak mengikut turunan Tun Saban (anak Tun Perak)dan dia masih pegang keris itu -anak Tun Saban warlord Perak ni ada yg berkahwin dgn sultan...jadi kita lihat siapa yg pegang keris tu...atau mungkin tuannya berhijrah ke tempat lain.

Auzan Azinuddin :Habis dah cerita Hang Tuah..ketika saya membaca cerita ini, saya seolah-olah terbawa ke zaman di mana ibu bapa Hang Tuah di bunuh..saya berada dalam badan askar Monggol di mana sayalah yang mengerat kepala salah seorang dalam wayang tersebut..perasaan saya ketika sangat berdendam dan rasa sangat bengang..di samping itu, saya rasa macam geram sebab tak jumpa beberapa orang yang sepatutnya di bunuh.

Atas permintaan pembaca Puan Rohilah diminta meneropong sayembara silat diantara Hang Tuah dengan Hangg Jebat

Rohilah Omar :Saya nampak Jebat ditikam diperutnya.. darahnya putih mengalir. Jebat sebenarnya baik orangnya kan . nak tahu siapa yg menikam Jebat muka wajah susuk tubuh mirip lukisan TuanKelarias Al Fateh. Hang Tuah pun menangis menyesal air matanya menitis, semasa memeluk Jebat yang terbaring kaku. kemudian dia berdiri di depan tiang seri menepuk-nepuk tiang itu tanda kekesalan yg amat lalu dia pun turun ke halaman rumah seterusnya menikam keris tamingsari ke tanah.

Kisah Taming sari yang hilang

TuanKelarias Al Fateh :Keris Tamingsari di dalam simpanan muzium diraja Perak sebelum ini telah dibawa keluar untuk dipinjam secara rahsia mungkin nak buat tarik harta karun atau tarik duit sebab keris itu dikatakan kebal umum'...

Tuan Kelarias menutup kisah Dongeng Hang Tuah ..

Dari cerita di atas, saya dapat membaca yang Hang tuah ni sangat licik orangnya, gatal pun ada..asal perempuan lawa, semua dia nak mengorat ,fokus dia pada satu iaitu menang..asalkan boleh menang, segala tipu helah akan di gunakan..tapi ...selepas beberapa peristiwa, hatinya mula tunduk pada yang maha Esa..takkan melayu hilang di dunia mula memakan dirinya di mana dia mempertahankan sultan walaupun arahan dari sultan tidak logik kerana dia berpegang pada amanah gurunya untuk mempertahankan tanah melayu.

Saya pun naik rimas dengan dongeng-dongeng Hang Tuah nih..sebab tak selari dengan apa yg saya tahu dan mungkin ada yg tercicir dari pengetahuan sejarah..tidak ada sesiapa pun yg dapat membuktikan perkaranya melainkan Allah jua. Walaupun ada yg telah bertemu beliau sendiri di dalam mimpi dan mengetahui jalan ceritanya secara peribadi.Saya pernah mendapat e-mail dari para pembaca mengenai wajah Hang Tuah , kata mereka gambar yg ada di atas ini adalah mirip benar dengan Hang Tuah di dalam mimpi mereka dan di dalam penemuan mereka. Saya paling terkejut adalah dari dua orang, seorang Leftenan Tentera dan seorang lagi Muallah cina muslim telah bertemu dengan Hang Tuah di dalam mimpi dengan kisahnya yg menarik. saya tak dapat ceritakan di sini takut jadi fitnah dan menyinggung hati mereka berdua.

Hang Tuah dan saudaranya telah berlalu hampir enam ratus tahun dahulu, sama dengan jarak masa berlalu seperti Nabi Isa as hingga Nabi Muhammad saw diutuskan..kaum nabi Isa a.s telah jauh tersesat sehingga menganggap Isa as adalah tuhan , Mariam adalah tuhan emak..Allah adalah tuhan bapak.belum sampai la, umat melayu menamakan Hang Tuah si cina muslim itu sebagai tuhan..dan menjadi pertengkaran yg tidak berkesudahan akibat dendam dan tidak kepuashatian..lupakan saja ini, kisah ini adalah sengaja dituliskan untuk menghiburkan hati- hati yg berkelana mencari kebenaran dan tuhan kita..Barangsiapa yg mengaku kenal dengan tuhannya maka adalah hati dan jiwanya tunduk mengabdikan diri kepada tuhannya, maka sifatnya merendah dan ibaadurrahmaan bila berjalan dan berkata kata.

Maka aman sejahteralah kampung dan keluarga kita dari sengketa dan pertelingkahan yg tidak membawa erti apa apa akibat dari perkara-perkara yg kecil sahaja..Saya anggapkan mempercayai dongengan seperti ini tiada tuntutannya di dalam al quran dan hadis , ijmak dan qias ulama..jadi anggaplah ini sebagai karutan melampau tahap gaban.ini hanya perkhabaran yg tak nampak dimata tapi ternampak-nampak di celahan anak mata yg satu lagi..mata siapa? adakah mata jin?.Jadi saya memohon ampun dan maaf selama mengendalikan program wayang gambar dan drama bersiri yg sifatnye mustahil dan karut ini jika sekiranya ia menimbulkan rasa tidak puas hati kepada semua pihak yg ternampak dan yg terbaca dan yg terlihat.

Sekurang-kurangnya kita dongengan khas untuk mereka itu yg telah pun berumur enam ratus tahun lalu...kisah komunis jadi pejuang kemerdekaan pun ramai yg sokong termasuk Tuan Guru Hadi Awang inikan pula kisah cina muslim kerja dengan kerajaan melayu.salam kasih dan sayang dari saya. taukeh ikan keli batra.ada satu berita yg ingin saya sampaikan, Hang Tuah mengenali Datuk Meor Abdul Rahman. Pengasas silat gayung malaysia ke apa ke namanya...allahyarham dikhabarkan pernah bertemu dengan Laksamana Hang Tuah sebelum mengajarkannya bersilat seperti yg ada sekarang, maaf tuan puan saya bukan ahli silat , jadi saya tak tahu macamana silatnya..

Al Marhum membukakan rahsianya pada tahun 2009 akhir bulan Disember, kerabat diraja yg meminjam..selepas itu keris tersebut hilang dari simpanan atau tercicir tak dikembalikan semula.. dengar khabar berada di tangan orang ghaib dari seberang penyimpan harta pusaka lambang kebesaran kerajaan kerajaan Islam dahulu.yg sebenarnya entah, wallhu a'alam..tapi takkanlah almarhum berdusta, sebab kebanyakkan kisah dongeng darinya apabila dinantikan zamannya benar-benar berlaku..wallahu a'alam jugalah...hanya Dia lah yg tahu..perkara yg sebenar-benarnya..selain dari itu adalah sangka-sangka dan perasaan dan juga tak kurang yg mendapat keris ghaib tipuan setan yg direjam dengan tujuan untuk menimbulkan perselisihan selama lamanya..ini pun andaian,...ulang sekali lagi...ANDAIAN saja.

Setelah bertemu Nabi Khidir a.s , atas petunjuk dari Yang Mulia Nabi itu ...Hang Tuah pun mencari seorang guru mursyid utk memimbing kerohaniahan beliau ..rupa-rupanya pembimbing kerohaniahan yg dicari-cari berada di Nusantara iaitu bapa kepada Tok Guru Silat beliau iaitu Maulana Malik Asmoro ...Selepas itu Hang Tuah ke Patani dan menukar namanya kepada Tuan Haji Abdul Rahman ,beliau menetap di sana sehingga beliau meninggal dunia ..Ta Melayu Hilang Di Dunia ia merujuk perkara akhir zaman ..

Tammat .


0 40 comments:

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

RUANGAN CHATTING BERSAMA