MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

ops ular 2 - Mayang Mengurai dan Mayang Sari

Published by Sang karut under on Rabu, Februari 22, 2012
AMARAN : Artikal ini adalah artikal dongeng lagi karut ..ia tiada berbukti nyata oleh itu kami tidak memaksa tuan-tuan mempercayainya , jika tuan-tuan percaya ,kami tidak mahu diseret atas tindakan tuan-tuan itu .-Sang Karut .

Ada satu kes berkenaan dengan ular yg pelik lalu di tuliskan kisahnya di Face Book Bani Jawi akhir zaman ..lalu bermulalah kisah ops ular kali ke 2 ....

Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :Salam Tuan, saya di maklumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah Segamat, sedang di ganggu oleh dua ekor ular , yang tinggal di atas Pokok Kelapa , Salah seekor dari ular tersebut telah masuk kedalam pejabat, dan di halau keluar oleh kakitangan dengan penyapu, sehingga keluar, akan tetapi , Ular tersebut masuk semula, dan sebahagian badannya berdiri di dinding. Seorang kakitangan perempuan telah berkata- kata di dalam hati kepada Ular tersebut, supaya jangan masuk ke dalam pejabat , Nescaya engkau akan di bunuh. Tetapi ular tersebut masuk, juga dan akhirnya di pukul di bahagian kepala oleh kakitangan lelaki dan mati dengan darah yang banyak.

Selepas itu juga seorang, seorang kakitangan perempuan yang lain telah ternampak bayangan perempuan berbaju merah , berwajah berseri pada mulanya dan kemudianya berubah menjadi wajah sangat buruk...maka ada yg jadi sangat ketakutan dan ada yang macam dah kena badi...serta ada yg keluar darah haid yang tak putus-putus sehingga 15 hari..serta muka dan seperti orang lain ..bukan seperti muka sendiri ....Sampai ada yg mendapat mimpi dua ekor ular tersebut datang berubah jadi wajah wanita berbaju merah dan kuning....Wallahualam...( Rupanya tempat tinggal ular telah di kacau terlebih dahulu.... busut di tarah dan pelepah kelapa tempat ular tersebut tinggal di Potong ) Mungkin Jin rasanya...saya tak tahu apa apa..cuma orang sedang mengadu ni) Allah, akhir akhir zaman ni..macam macam cerita..yg dengar.


TuanKelarias Al Fateh :Masyaallah..Senopati Kesuma Dewi ... teropongkan..ular apa itu?..dari mana dia datang?..kenapa dia duduk di atas pokok kelapa tu..?Jin tu menyarung ke tubuh ular..jin memang suka masuk dalam jasad sarung ular,,,anjing hitam,,,dll

Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :Alhamdulillah, terima Kasih tuan...sbb tolong usahakan yang terbaik untuk mereka mereka..ini.. Kakak yg keluar darah haid sampai 15 hari tu pun dah macam orang yg hilang semangat....dan macam tak bertenaga...dan 2 kali..sampai melebihi 15 hari.. dan darah nya banyak..mungkin sudah terkena badi...sebab dia yg tegur ular tu supaya jangan masuk..nanti kena bunuh..kayu yg di gunakan dia yg bagi untuk pukul ular tu...

R Wilis Azzurri :Sepatutnya di beri salam dulu..katakan jika ianya jin maka keluar la..jika mmg ular maka akan di bunuh..bacalah doa nabi nuh..salam ke atas baginda ..salamun 'ala nuuhin fil 'alamin...

TuanKelarias Al Fateh :Cikgu perempuan tu sekarang macamana..?ajaklah dia masuk kjaz sini boleh diteropongkan sama -sama

Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :InsyaAllah akan di usahakan..di bawa masuk Kjaz...kakak yg sorang ni..mukanya pucat, kelopak mata pun lain..dan macam tiada semangat..serta lemah...haid keluar dah lebih 15 hari, serta banyak darahnya...Ada cadangan apa apa tak , saya dah minta dia Add KJAZ ...ok tuan dia dah ke kampung Jawi akhir zaman...
Dan dia kata dia..tak berapa sihat sejak peristiwa itu...Nanti boleh la minta di teropongkan...

R Wilis Azzurri :Siapa nama cikgu tersebut..tak nampak di sini pun..


Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :Zaidah..ada di Kjaz..katanya Kang Budi Kesuma dah..soal siasat dia..hihihii..Dia bukan Cikgu..tapi ketua kerani..kewangan kut di sekolah tu..


TuanKelarias Al Fateh - SKD teropongkan..ular apa itu..dari mana dia datang..kenapa dia duduk di pokok kelapa tu..?


Senopati Kesuma Dewi : Simulasinya:Tuan, mengikut pandangan saya memang ada jin perempuan yang merupakan adik - beradik menyarung pada ular hitam tersebut. Mereka ke situ kerana benarlah tempat tinggal mereka diganggu. Mereka masuk ke pejabat itu untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka.

TuanKelarias Al Fateh :cuba panggilkan jin - jin tu duduk depan kamu ...kesian kakak itu tak pasal-pasal kena sakit nya...kalau nak mintak tolong jgn la sampai menyakiti ...Kita tolong dia kejap


Senopati Kesuma Dewi :Simulasinya:Tuan, kedua-dua mereka sudah di depan saya. sorang memakai pakaian berwarna merah dan sorang lagi memakai pakaian berwarna kuning. sorang bernama mayang sari sorang lagi mayang mengurai... wallahualam.

TuanKelarias Al Fateh :Mayang Sari Mayang Mengurai...ye ke ?atau itu nama yg kebetulan sama dgn Mayang sari mayang mengurai di Perak tu entah saya pun tak tahu..


Senopati Kesuma Dewi :Simulasinya:Mereka menganggukkan kepala. berbaju merah itu mayang sari berbaju kuning itu mayang mengurai. mengikut mereka, mereka mmg berasal dr kawasan ini bukan dari perak.


TuanKelarias Al Fateh :mintak kedua-dua nya meninggalkan sarung kakak tu malam ini juga , jangan menyakiti sarung itu.baiklah Haz MasKulin ThefrdHunteruncle..cuba beri perhatian pulak pada kes kakak kerani tu kejap...boleh hubungi kakak tu ke tidak..Dengan nama almarhum guru kita almarhum pengeran gusti sang prabu tinggalkanlah kerja menyakitkan orang tu wahai mayang sari dan mayang mengurai..baliklah ke tempat asal kamu atau kamu ikutilah saya berpindah ke tempat yg baru di sediakan. Senopati Kesuma Dewi bacakan jampi saya ini.

Senopati Kesuma Dewi :Saya bertanya kepada kedua-dua mereka, mengapa mereka tetap berdegil masuk ke pejabat tersebut walaupun tahu mereka akan dibunuh dan sudah diberikan amaran.mayang mengurai (Berbaju kuning) menjawab - manusia sudah memusnahkan istana mereka. istana itu sahajalah yg mereka ada dari warisan keluarga mereka. mayang sari ini perwatakannya agak lembut.Mayang sari (berbaju merah) - mendengus marah. kami hanya nak suarakan perasaan kami. manusia-manusia itu lah yg akan menerima akibat perbuatan mereka. Buta mata buta mata hati.

Apabila di bacakan jampi itu tuan ....Simulasinya: mereka bersetuju untuk ke tempat baru tuan.kedua-dua mereka menganggukkan kepala.

TuanKelarias Al Fateh :Jika benar ini adalah jalan kerohanian berwasilah yg benar....mayang sari dan mayang mengurai kenal akan gusti sang prabu , siapakah dia yg sebenarnya..maka dgn itu saya minta mereka tinggalkan tempat yg bukan tempat mereka..Atau ikutilah saya , akan saya tunjukkan tempat kediaman yg baru kepadanya..Senopati Kesuma Dewi tanyakan ada atau tidak ahli keluarganya yg telah terbunuh akibat kesilapan bersama itu.

Senopati Kesuma Dewi : Simulasinya:bila saya bertanyakan adakah mereka kenal akan gusti sang prabu, mereka menggigil kedua-duanya dan bersujud di depan saya. mereka setuju meninggalkan kakak tersebut dan bersedia berpindah ke tempat baru .Adakah ada ahli keluarganya terbunuh ? :Simulasinya:tiada ahli keluarga lain yg terbunuh tuan. telah disediakan sebuah istana kecil untuk mereka yg lengkap dengan taman bunga. mereka tersenyum melihat kediaman baru mereka tuan.

TuanKelarias Al Fateh :bawakan pengawal pengiring wafak kepada mereka dan minta pengawal iringi mereka keluar dari sarung kakak .itu kemudian ke tempat baru itu . kamu bacakan azan kepada mereka..nanti mereka bersegera keluar dari tubuh kakak itu mengikuti gerombolan pengiring wafak jin setan pastikan mereka sampai ke tempat yg dimaksudkan hingga selesai.

TuanKelarias Al Fateh :Haz MasKulin ThefrdHunteruncle, sampaikan salam saya kepada kerani sekolah tu..mintak dia solat taubat dan solat tasbih selama 7 hari berturut-turut ..serta dia wiridkan tasbih subhanallah walhamdulillah sampai habis sebanyak 300 siang 300 malam selama 40 malam.PENGERAS nya ialah setandan pisang emas sedekahkan kepada guru-guru yg mengajar di sana. Mudah mudahan sihat kembali kakak tu ...


Senopati Kesuma Dewi :Simulasinya:Mereka sudah keluar dari tubuh kakak tersebut dengan diiringi pengawal wafak mereka sudah sampai ke istana kecil mereka tuan. nampaknya mereka gembira dengan kediaman baru mereka yg sepertinya terletak dikawasan kejiranan bangsa mereka juga. jiran-jiran menyambut kedatangan mereka...

Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :Betul tuan..tukang kebun di sana yang mendapat arahan dari pengetua untuk bersihkan kawasan dan telah meratakan busut dan pelepah kelapa.. Dia juga telah mendapat mimpi..dua dua perempuan tersebut datang dan marah, kenapa musnahkan Istana mereka.. dan tukang kebun cuma menjawap dia hanya mengikut arahan pengetua.. Tukang kebun pun telah di gigit lipan pada ke esokan harinya...

TuanKelarias Al Fateh :mudahan merepek-repek kita pagi ini mendapat keredhaan Allah dan mudahan benarlah adanya.


Haz MasKulin ThefrdHunteruncle :Baik tuan ..saya bagi tahu dia sekarang...moga selamat mereka semuanya...Tuan minta tolong tanyakan pada jin itu, adakah dia tersalah orang kerana kata kakak kerani ini, cara pakaian dan dia dan pengetua hampir sama..dan mereka sering kali..di anggap..orang yg sama.. tuan, Kakak Kerani nama Zaidah tu..ucap terima kasih..dan dia minta tolong sampaikan pesanan..dia Mohon maaf kalau dia ada buat kesilapan yang tidak di sengajakan pada mereka berdua, dan dia juga tidak terniat untuk buat yang tak baik pada mereka, kerana dia tidak mengetahui,..serta kata katanya..yang meminta ular tersebut jangan masuk lagi, kalau tidak akan di bunuh, telah menyinggung perasaan mereka... Semuga mereka dan kami mendapat kereda an Allah..

Aduuhaiii...mayang sari dan mayang mengurai....kata kawan kak zaidah memang wajah mereka cantik..dan yg berbaju kuning sangat lembut dan yg berbaju mereh agak garang...sewaktu ke dua dua mereka hadir di dalam mimpi mereka yang terlibat...Tapi untuk makluman kata kak Zaidah kulit ular yang bersalin kulit dan mati di ketuk itu di ambil oleh makcik Cleaner...tak tahu lah apa nak di buatnya...

Tamat

0 40 comments:

Catat Ulasan

Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

RUANGAN CHATTING BERSAMA