Sisipan : Mimpi bukan mimpi ...
Published by Sang karut under Mimpi bukan mimpi on Isnin, Februari 20, 2012AMARAN : Artikal ini adalah artikal dongeng lagi karut ...ia tiada berbukti nyata ..pastikan anda memahami pesanan ini ...jika tidak percaya usahlah dibaca ..jika percaya kami tiadalah menyuruhnya ..adakah sampai mesej ini ?- Sang Karut .
Saya mendapat e -mail dari rakan kami ...beliau adalah ahli PKMAF ...rajin beli
au menulis artikal ..walaupun kisah ini ringkas tetapi apa yg penting ialah pengajarannya ...
Ketika kita tidur ..pacaindera mata kasar ...dan juga akal turut berehat ..ia tidak berfungsi ..seakan-akan apabila seseorang itu tidur ia adalah suatu kematian bagi kita ...
jadi apabila kita bermimpi dan melihat kisah mimpi maka siapakah yg melihat padahal mata kita sudah tertutup dan tidak berfungsi ? Jika kita ingat dan seolah -olah tidak tidur tetapi tidur siapakah yg ingat dan tidak tidur itu ?
Pengalaman ini yg para pembaca akan membacanya sebentar lagi adalah suatu pengalaman yg biasa yg dialami olah sesiapa tetapi jika diperhalusi ia mempunyai erti yg besar buat seorang yg mengalami ..
Mimpi TAPI BUKAN Mimpi..Tido tapi bukan tido…Siapakah yang Melihat
Al-KISAHnya di suatu malam berlakulah kejadian yang tidak pernah ku alami sepanjang hidupku…mimpi selalunya dikatakan mainan dalam tidur..tapi apa yang terjadi pada diriku kali ini amat berlainan dari mimpi-mimpi sebelumnya…adakah ianya hanya benar-benar mimpi? Khayalan? Mengigau? Atau pun ianya adalah kenyataan yang sememangnya benar berlaku?
Seperti kebiasaan aku hanya akan tidur selepas jam 12 malam…. di antara lingkungan waktu pukul 1-3 pagi…disebabkan agak keletihan bekerja di pejabat di waktu siangnya …. agak mudah bagi ku untuk lena…apatah lagi ditemani bantal dan tilam yang empuk, bak kata org “letak je bantal terus terlelap”. Namun tidak sampai dalam 15-20 minit aku tidur…tiba-tiba seperti di kejutkan sesuatu ..aku terjaga dari tidurku yang indah….dalam hatiku berkata “ah sudah.. apa pulak kali ini yang nak berlaku…”
Aku mulai gelisah dan cuba memejam mata ku semula…namun aduh…mata ku seperti tidak mahu terlelap semula….dan pada masa yang sama baru aku perasan diriku sama sekali tidak boleh bergerak….seperti di pasung…di ikat. Jantung ku mula berdegup laju…hatiku mula tidak keruan…mata ku mula meliar …seperti terlihat sesuatu…nampaknya seperti ada bayangan susuk tubuh berdiri di hadapan ku …bukan satu tapi dua susuk tubuh. Aku semakin resah…aku cuba mengejutkan suami yang sedang enak tidur di sebelah… cuba memangilnya tapi mulut ku terkunci tidak bersuara walaupun sepatah..aku cuba bergerak dengan sedaya upaya kudratku…namun ku tidak mampu untuk bergerak walaupun seinci.
Aku hanya mampu memandang ke arah susuk tubuh di hadapan ku yang semakin jelas rupa bentuknya tetapi masih lagi dalam keadaan berjisim . Argggggghhh…..Ninja Asasin…lengkap pakaianya berserta topeng mukanya namun hanya mempunyai sebelah mata..dan aku melihat susuk tubuh satu lagi seperti perempuan yang bertelekung namun wajahnya juga ditutupi kain. Aku cuba memberi salam bercakap melalui hati…namun tiada jawapan…hanya senyap dan sunyi…tiba-tiba kedengaran suara lelaki dalam keadaan marah “Engkau Pengkhianat!!!!!!” berulang-ulang kali katanya “Engkau Pengkhianat!!!!!!” dan semakin lama ku lihat kedua-dua susuk tubuh mereka yang berjisim mulai menjadi nyata dan berjasad.
Aku mulai panik…dalam waktu yang sama aku cuba mengeluarkan senjata apa yang ada…tetapi hampa aku masih lagi tidak mampu untuk bergerak. Aku cuba membaca ayat-ayat Al-Quran yang terlintas di fikiran ku Yaa….Ayat Kursi… tapi hanya permulaan ayat yang mampu aku ingat…..sedangkan ayat ini sentiasa menjadi bacaan harian ku…Tiba-tiba aku teringat akan sebuah pesanan dari seseorang yang sentiasa aku ingat ….”Jika berlaku apa-apa pada mu maka rabitahlah …” dengan kadar segera aku berabitah di dalam hati ku ini. Takala itu jugalah kedua-dua jasad yang tidak di undang yang berada di hadapanku hilang sekelip mata dan tubuhku juga sudah boleh bergerak semula seperti biasa.
Alhamdulilah……walaupun sehingga ke hari ini aku masih tidak mengerti dan memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada ku .
ulasan -
- Membaca ayatul kursi adalah sangat ampuh ketika hendak menghalau syaitan dan jin tetapi jika bacaan tiada "berkaren" maka seringkali kita melihat jin yg kuat akan mengajuk-ajuk bacaan kita .
- Membaca ayat al quran akan mengundang segala khadam ayat di dalamnya yg pada kebiasannya khadam-khdam itu mudah saja menewaskan segala jin di dalam alam maya ini tetapi jika akal kita tidak berfungsi ketika itu bagaimanakah kita mahu melaksanakannya .
- Kata Al Marhum Gusti Sang Prabu " Tuntutlah ilmu yg tiada berhuruf ,tiada berupa dan tiada bersuara ! . Kata Sang Prabu " Jika pandai mengunakan ilmu Rabitah maka beruntunglah dunia dan akhirat . Jadi fikir-fikirkan lah kisah ringkas ini dan ambillah pengajaran daripadanya dan saya akhiri dengan kata-kata Al Marhum Gusti Sang Prabu....apabila beliau bertanya kepada anak-anak muridnya ...apakah yg kalian cari dalam hidup ini ? maka anak-anak muridnya memberikan jawapannya masing-masing ..selepas itu Gusti Sang Parbu memberikan jawaban yg betul ialah ...hidup berguru ...maka ada dikalangan muridnya pada ketika soalan itu ditanyakan ada yg betul menjawab dan ada yg salah menjawab ... Sekian

0 40 comments:
Catat Ulasan
Assalamualaikum, Jika anda ingin meninggalkan pesanan tinggalkanlah di sini..elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak baik..mudahan tuhan melapangkan dada dari nuraka hati.