MARI KE ALAM JIN DAN BUNIAN

'Tidak Aku Jadikan Jin Dan Manusia Melainkan Untuk Mengabdikan Diri KepadaKU'

PANDUAN MENGELAKKAN TOYOL

Published by TuanKelarias under on Jumaat, Mei 14, 2010

MENGELAKKAN WANG DARI DICURI OLEH TOYOL

Saya pernah berbual dengan salah seorang hantu raya perempuan yang baru sahaja memeluk islam sewaktu di dalam perjalanan dari Sabak Bernam menuju ke utara negeri. Waktu itu saya di temani oleh Us. Jabar dan ibu angkat saya sebagai pemandu. Sewaktu kami sampai di sekitar negeri Perak, saya terkejut besar apabila ibu angkat saya tiba tiba bertukar suaranya ketika memandu. Suaranya saling tak tumpah seperti suara budak budak berumur 15 tahun.

Saya tahu ibu angkat saya itu boleh menjadi sarung kepada makhluk halus setelah pernah sekali dia menerima kehadiran Pak Sheikh Jabal Qubaisy abang kandung tetapi kembar ghaibnya. Entah macamana saya pun tak tahulah, ada angin apa hari itu tiba tiba saya berbual sepanjang jalan menuju ke destinasi dengan seorang budak perempuan yang baru masuk islam dari kalangan jin hantu raya. Saya hairan bagaimana ibu angkat saya masih dapat memandu ketika dia diresapi roh makhluk halus, dia mampu melihat jalan dan memandu dengan baik dengan kelajuan yang tidak meragukan diri saya termasuk Us. Jabar yang terpinga pinga di belakang saya waktu itu. Mungkin dia separuh sedar agaknya, saya sendiri malas ambil tahu perkara yang sebenarnya setelah diakhir perjalanan sewaktu ibu saya kembali sedar dia seolah olah terpinga pinga sebelum turun dari keretanya.

Banyak perkara baru saya dapat cungkil dari pengetahuan anak jin itu. Saya cuba menanyakan namanya tetapi dia kata tidak punya nama islam. Saya cadangkan nama islam padanya kalau dia mahu, alhamdulillah dia bersetuju. Saya panggil budak jin itu dengan nama Fitrah. Kisah ini berlaku selepas hari raya 2009M yang lalu, jadi sempena hari raya aidil fitri itu saya namakannya dengan panggilan yang mudah itu. Saya khuatir dia tidak mahu menerima nama itu dan memalukan saya kerana memandai mandai memberikan nama padanya. Saya pun tidak tahu bila dan kenapa dia memeluk islam cuma apa yang saya dapat tahu dia adalah pemandu kereta di alam jin. " Banyak kereta kat tempat kita Pak Aji", beritahunya kepada saya. " Macam macam ada, yang kecil , besar semua ada..sama je dengan dunia Pak Aji". tambahnya lagi. Saya termanggu mendengar celotehnya, terbayang sekian banyak kereta di alam jin dengan bermacam bentuk dan warna yang entah berapa ratus kilometer sejam kelajuannya.

IZIN TUMPANG LALU

Us. Jabar yang mendengarkan sahaja perbualan kami semenjak dari awal awal tadi tidak sekalipun mencelah perbualan yang semakin lama semakin menyeronokkan. Sehinggalah kami sampai ke suatu kawasan selekoh anak jin itu menyuruh saya melihat sesuatu di hadapannya, " tengok tu Pak Aji, ramai orang kat sini, sebab itu kalau sampai sini yang elok Pak Aji kena minta izin tumpang lalu," Fitrah memberitahu saya. Saya jenuh melihat lihat ke hadapan tiada suatu apa pun bayangan manusia yang kelihatan. " Mana aku nampak dia Fitrah, mata aku nih buta, kamu sorang je lah tengok," saya menyindir Fitrah. Bukan dia tak tahu yang saya tak nampak jin. Sengaja dia berseloroh dengan saya.

Sepanjang perjalanan selama hampir tiga jam itu kami tidak merasakan keletihan kerana asyik dengan cerita yang di sampaikan oleh Fitrah kepada kami. Sekejap dia  cerita pasal batu lipan, batu delima yang kebetulan waktu itu saya aktif mempelajari kaedah menarik duit orang bunian dan harta karun di dalam tanah. Tapi masih baru diperingkat belajar, belum sempat kami menghasilkannya kami telah mendapat perintah larangan dari guru kami jadi kami dengan serta merta menghentikan projek gila itu dari berterusan.

RAHSIA SULIT TOYOL

"Pak Aji, tau tak rahsia simpan duit dari kena curi toyol,?" soalnya kepada saya. " Saya manalah tahu benda macam itu, baca ayat kursiy lah apa lagi.." saya menjawab soalannya. "Bukan itu Pak Aji, toyol tak suka dengan satu benda tau Pak Aji..!!" katanya lagi. Saya semakin berminat ingin mengetahui rahsia alam toyol yang sangat banyak kisah pencuriannya di kampung kami Parit Baru dan Sungai Tengar semenjak dari saya masih budak budak lagi kekal sampai sekarang. Saya tertarik benar dengan cerita Fitrah kali ini. " Ceritalah apa yang kamu nak cakap tadi Fitrah.." saya menegurnya setelah dia cuba menyanyi kecil sambil memandu. " Kita takutlah nak cakap, toyol toyol tu nanti marah kat kita," jawabnya. " Alah apa nak ditakutkan, bukannya dia berani datang ke sini kita ni ramai bukan sorang, kalau fitrah kena keroyok nanti Pak Aji tolonglah," saya menenangkannya. " Haaa..kalau Pak Aji jamin selamat kita cakaplah.." katanya pada saya. " Cakaplah apa yang kamu nak bagitau, Pak Aji pun nak tau jugak" saya hampir sahaja memaksanya tapi saya tak boleh la kemaruk sangat nanti dia sedar pulak saya yang beriya riya jadinya. " Sebenarnya Pak Aji, toyol tak suka dengan bulu manusia...ha ha ha ha.." katanya sambil ketawa. " Kamu maksudkan bulu rambut ke..? saya minta dia jelaskan kepada saya lagi maksudnya. " Bukan Pak Aji, bulu ari ari lahh.." terkedu saya mendengar nama bulu itu.

Bermacam macam terlintas di dalam fikiran saya. Saya terfikir Fitrah anak jin ni main main ke betul betul. Ini sudah kes mencarut nihh..fikiran saya naik celaru memikirkan sarungnya pula adalah ibu angkat saya. Segan pun ada, bila tiba tiba ibu angkat sebut bulu ari ari kepada kami. Ye lah benda tu kalau diceritakan sesama kami orang laki laki kuranglah segannya, tapi ini dia perempuan kami pulak lelaki, mana tak segannya. " Kenapa Pak Aji tak percaya ker..?" tiba tiba Fitrah mencelah kesunyian diantara kami. " Yer..memang tak percaya pun.." saya menjawab, sebenarnya nak mengelakkan rasa terkejut apa yang kami fikirkan waktu itu. " kalau Pak Aji tak percaya cubalah bagi pada orang yang datang jumpa Pak Aji". tambahnya lagi. " Bulu kita ke bulu orang yang datang mintak tolong..?" saya minta penjelasan darinya. Memang saya kurang jelas dan ini adalah pengalaman saya kali pertama mendengar berita menyimpan wang dengan bulu ari ari yang diselitkan di dalam dompet atau peti simpanan wang kita. " Isyy Pak Aji ni, takkan nak bagi bulu kita kat orang, Pak Aji ni apalah.." jawabnya sambil melekehkan saya. Saya rasa macam nak tergelak besar bila terkenangkan kebodohan saya selepas mengucapkan kata kata itu.

JIN SYAITAN PUNYA KELEMAHAN ALAMI.

Saya percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Fitrah sebab jin syaitan sebenarnya banyak menyimpan rahsia diri mereka yang alahan dengan barang sesuatu yang menjadi satu sumpahan terhadap mereka. Sebagai contohnya susuk alahan dengan pisang emas, petola katak da sebagainya. hantu jembalang takut dengan penyapu kontot atau dengan puting parang patah. Langsuir pemakan janin atau darah kotor pula takut dengan duri mengkuang yang dongengnya menceritakan bahawa hantu itu takut tersangkut dek duri mengkuang dan tidak dapat bergerak lalu tidak dapat kembali ke tempat asalnya. Hantu air , hantu laut takut dengan buluh bercabang dua atau tiga, kali ini toyol pula takut dengan bulu ari ari, tak tahulah saya kenapa dia takut. Kerana bentuknya ke atau kerana baunya..wallahu a'alam.

AYAT KURSIY

Apapun kita telah diajarkan oleh sebuah riwayat bagaimana seekor syaitan mengajarkan kepada Abu Hurairah r.anhu supaya membacakan ayatul kursiy jika tidak mahu kehilangan harta atau barang simpanan berharga. Walaupun Rasulullah SAW tetap mendustakan kata katanya walaupun benar sekalipun. Jadi bagi kita yang mampu melahirkan aura bacaan ayatul kursiy sehingga berbekas dan meninggalkan kesan bacaan pada hajat yang dimaksudkan adalah dicadangkan tidak perlu menggunakan bulu itu memandangkan ayat ayat al quran adalah lebih baik dari mencabut bulu. tetapi jika si pembaca tidak merasa yakin dan hanya ingin menggunakan kaedah mencari kelemahannya yang mudah dan menggunakan bulu yang dimaksudkan itu terpulang, kerana siapakah sebenarnya Abu Hurairah r.anhu. Bukankah dia itu ahli muhaddisin terulung di zaman nabi antaranya. Beliau jika membacakan sahaja dengan basmalah saya rasa syaitan pun takut untuk mendekatinya.

Jadi pada saya lebih baik kita bacakan ayat ayat suci alquran sebagai pendinding jika kita mampu dan jika kita tidak mampu hanya setakat membaca sahaja tanpa dapat melahirkan hikmah yang jelas dan pasti itu terpulanglah kepada diri masing masing. Adakalanya banyak juga kebaikan jika kita dapat menyelongkar rahsia dan kelemahan jin tanpa perlu menjemput ustadz atau bomoh siam memagar harta simpanan kita yang melimpah limpah itu..sekian wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...